Monday, May 6, 2013

Terjah Jakel


Assalamualaikum...
Yihaaaaa apa khabar semua. Balik kampung kali ni memang seronok. Dapat Lepak rumah yang dijenguk sebulan sekali tu dua malam. Memang tak tido umah bonda sebab kesian kat umah kami tu tak berpenghuni, so bila balik tiap bulan memang lepak situ je la. Alaaa tak jauh pun dari umah bonda.

Bila dah balik segamat lama sikit tu apa lagi? Haaa terus terjah Jakel beli baju raya. Err memula tu blur tak tau nak beli warna apa dan jenia apa, beli tuk bonda dan mertua dulu. Bila berlegar masih tak jumpa corak sesuai untuk anak kecik sebab encik laling memang akan suruh saya sedondon dgn anak-anak. Nak beli kain mahal sangat tu memang rasa rugi sebab tak sampai serahun baju dah singkat, pusing merata cari kain akhirnya terpikat pada kain cotton jepun. Ermm lawa la pulak di mata ni, tak la murah sangat dan tak mahal menggila. Tawar menawar berlaku akhirnya dapat juga dengan harga yang sesuai di hati.



Dah sampai kaunter nampak sepasang kain lagi.. Tawar punya tawar dekat seratus.. Cehhh pusing semula. Sampai kat kaunter kenyit2 mata kat akak tu terus dapat harga runtuh ! Yeayyy terus sambar.

Okey pasni kalau nak beli kain pun untuk sepasang sorang lagi kot? Baju kurung tahun lepas pun muat lagi budak berdua tu. Apa yang saya pelik kenapalah saya masih tak pandai shopping di sini? Duduk sini shopping di segamat? Huhu...
www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Dah biasa dgn segamat kot? Saya pun sama, lagi selesa beli baju di pasir mas atau kota bharu... Kalau brg lain tak kisah..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rine pun dah setel baju raya...hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...Reply To This Comment

akak selalu kat sini shopping nagoya.. tp kalau kebetulan blk segamat.. mmg ke jakel juga.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...