Sunday, June 9, 2013

BBQ


Assalamualaikum.

Dah berapa lama janji dengan dorang nak buat bbq. Tak sempat nak tunaikan permintaan mereka. Tadi walau letih gagahkan juga diri menyediakan bahan untuk dibakar.

Ayam, udang, ikan kembung, daging dan sausage.

Ayam dan udang tu LM perapkan dengan bahan yang sama, cuma bekas je lain2.

Bahan untuk perapan tu macam biasalah:
Bawang besar dua biji
Bawang putih 5 ulas
Halia 3cm
Ketumbar 1 sudu makan
Jintan manis 1 sudu makan
Jintan putih 1 sudu makan
Madu 2 sudu makan
Gula pasir 1 sudu makan
Garam secukup rasa
Sos tiram 2 sudu besar.

Bahan yang diperap tadi kepak bersama drummet dalam 7-8 ketul dan tiga ekor ikan kembung.

Bahan perap untuk sausage LM perap dengan bahan kisar ayam tadi ditambah 1/2 kecil serbuk lada hitam.

Bahan perap untuk daging

Sebiji bawang besar
Tiga ulas bawang putih
2 inci halia
Garam
Dua sudu kecil lada hitam

Kisar semua bahan dan cucuk berselang seli dengan lada benggala serta bawang besar yang dipotong. Perap sebelum bakar.




Tak perap lama pun, kalut sangat sebab dah nak maghrib, risau tak sempat makan. Nasi goreng buatan kedai saja... Hehe.. Air kelapa buatan sendiri. Berkelah di depab rumah dengan angin sepoi2 bahasa.. Hihihi.



Ops abaikan jari maisarah tu. udang kering sangat maisarah ngan azhad yang bakar, haishhh. Masing- masing happy sebab dapat bbq harini. Tak perlu ke air terjun atau tepi pantai pun boleh bbq juga kan?

Sempat hulur sepinggan untuk sedekah pada jiran sebelah. Terasa Lama tak nampak kak ani jiran saya tu. Tadi tanya anaknya rupanya dia dah masuk wad sbb barah payudara. Esok baru tau bila tarikh pembedahan. Moga kak ani segera sembuh dan tabah hadapi dugaan ini.. Ameen.

P/s: senyum tak bererti gembira, menangis bukan bererti sedih. Suka dan duka permainan hidup sementara jantung masih berdetak.


www.tips-fb.com

8 comments:

D_08 said...Reply To This Comment

Camni bagoih cik LM.... Bile2 mase kalo sempat buat je ape yang anak2 nak makan.... Macam bbq ni le..... Tak payah tunggu pegi berkelah kat air terjun punnn....
Moge jiran cik LM tu selamat .....

Yong Baiaah said...Reply To This Comment

mini BBQ, tetiba macam ade bau ayam BBQ, dalam kepala macam-macam nak makan bila balik perak nanti ...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Hamboi..sedapnya..dh lama tak berBBQ..huhh

azian said...Reply To This Comment

wahhh...BBQ meh?yan sekarang kl nak BBQ bakar gune GF je kak...kikiki...takde api2 nih hahh...tp mcm tak feel plak ek...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

betul tu xperlu ke air terjun or pantai nak bbq..di kawasan umah pun boleh kan

ezzyra said...Reply To This Comment

sedapnya bbq...lma dh x buat ni...x smpat je nk buat dgn family @ kawan2

diana said...Reply To This Comment

saya biasanya buat satey je..malam2 bila suami tak kerja rajin la bakar satey..tu je yang senang..heheh.lagipun dekat umah saya ni ada orang jual kuah satey tu yang kerap bakar satey tu..hehe

Izan Ishak said...Reply To This Comment

ini yg rasa nak buat bbq jugak ni. plan dgn en suami konon2 nak bakar2 kat luar rumah tu... seronok makan anak beranak kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...