Saturday, June 8, 2013

Beli Baju Raja,Jom Ke Nilai


Assalamualaikum...

Salam sabtu buat semua. Phewww penat. Pagi-pagi dah kalut masak nasi lemak untuk budak yang tinggal sementara saya hadiri taklimat di UTAS. Sampai runah dah dekat pukul 12. Isi perut dulu dan terus keluar konon nak jalan-jalan

Dah tak tau nak pergi mana akhirnya terus ke nilai cari baju raya.



Dua2 tempat pergi. Nilai tiga pergi cari kain pasang, memang rambang mata. Lupa yang haritu dah beli kat segamat dua pasang, hilang pedoman kejap. Tadi sambar lagi tanpa rasa bersalah, ekeke

Lepas tu pergi cari baju melayu pula, puas memilih cari warna yang sepadan... Letih giler!

Dah siap beli tudung anak dara berdua tu sekali terus belikan air dan berdesup balik. Letih yang teramat sangat. Orang pelawa cendol bakar pun dah tak boleh nak angguk dah, geleng memanjang. Nehi nehi nehi!

Sampai rumah terus lepak makan buah jap, solat zohor dan landing baik punya gaya bebas. Ops, dah nak puasa baru cari baju kan? Takpelah last year pun camtu juga, memang cari time gini. Harini lengang, rasa seronok membeli tanpa menghidu bau peluh orang lain, hehehe.

P/s: korang dah siap persediaan raya? Bukan apa, nanti ramadhan tak perlu nak fikir baju semua. Boleh fokus ibadah je, ini sampai tak boleh terawih sebab nak shopping.. Haish!
www.tips-fb.com

4 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

dah tempah sepasang & sedondon dengan lala.. beli kat jakel jer.. kat nilai tu ari ada beli baju kurung utk lala sepasang. nilai dah x murah sgt dah..

D_08 said...Reply To This Comment

bagoih jugak bersiap beli awei ni.... bulan pose nanti tak payah nak berkejo2 mencaghi baju raya...dan tak penat..... bagoih strategi cik LM ni....

saniah said...Reply To This Comment

Hemm akak dah lama tak tempah baju dik...beli ready made je...sama la jugak akak pun dah start membeli baju raya ni...tak nak nanti frust tak de yg lawa2 :))

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

x beli lagi baju raya...tp de beli baju yang siap bulan 1 dulu ntah boleh pakai ke idak..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...