Friday, June 28, 2013

Biskut Dahlia Lydia?


Assalamualaikum
Taraaaa

Nama biskut dah berubah? Ekeke, peduli apa sebab memang Lydia pun yang buat biskut tu kan? Ahaksss

Meroyan sangat pepagi bak biskut dahlia tu dia, pertama kali buat dan main kaut je resepi paling mudah sebab malas nak duduk lama lat dapur tu.



Tengok la comot hasilnya, mungkin percubaan kedua nanti lebih lawa hasilnya. Ops ni bukan biskut dahlia tapi biskut bunga cina. Dia warna putih bukan warna kuning. Biskut dahlia guna tepung kastart tapi dia ni guna tepung jagung je.

Resepi mudah LM google tadi dari beberapa blog LM lupa linknya tapi mereka guba resepi yang sama. Terima kasih ye korang sudi share resepi tu, LM tunpang tepek sini agar kawan yang teringin dapat buat sendiri biskut ni. Biskut lama.. Tapi tetap sedap.

Bahan
Susu manis 125 gram
Mentega 125 gram
Tepung jagung 230 gram
Ceri merah

Caranya:mix susu manis dan mentega guna senduk saja, masukkan tepung dan bentukkan.

Bakar 170 degree 9 minit( oven LM la)

Buat biskut ni mudah rupanya, ingat susah sangat, acuan tu dah bertahun simpan, kalau manusia dah masuk adika pun agaknya. Memang tak pernah buka bungkusannya sebab tak berani nak cuba buat biskut ni.

Seingat LM biskut ni LM dah suka sejak umur 4-5 tahun sampai la dah tua ni.. Err tua ke? Tua laa 31++ dah umur LM tau.

Selamat mencuba bagi yang teringin, kalau semprit tu panjang2 tak berseni pada mata LM, yang ni lawa sket.. Semangat sket nak makan, wahaha. Ngada je kan

Mudah giler buat biskut ni rupanya... Weeee len kali boleh buat 10 adunan! Tamak kan?
www.tips-fb.com

7 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

wah dah buat rupanya.......... nak sikit... Nampak sdap, terus rasa mood raya...

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

biskut yang saya paling suka buat and suka makan.. ialah biskut ini.. semperit.. :)

Izzah said...Reply To This Comment

Assalam...wahhh..dah mula buat kuih ke yunk...heheh...

Izan Ishak said...Reply To This Comment

wahhh... cantiknya biskut lydia dahlia ni!

kalau miza nak tau, izan ni lagilah cukup serik nak buat biskut2 camni. sbbnya dulu pernah buat pastu baling dinding pun tak pecah tau. haha... pastu kena gelak ngan en suami. dia lagi terer sbb pestime buat almond london pun terus jadi... sedap pulak tu!

Atsuko Ichirou said...Reply To This Comment

dulu fiza xsuke pn mkn biskut ni.. sebab tgk xmenarik lgsg.. sebab ade buah ceri.. fiza xsuke ceri.. tapi bile skali kene, huhuhu... xcukup sebalang skali hadap..

Rain said...Reply To This Comment

eh dahlia?

wajib buat ni tiap raya. samprit!
jenuh nak tekan nak bagi bunga dia naik cantik

mimi zakaria said...Reply To This Comment

wah mesti sedap nie..klau sy buat kuih corak nie sy pggil samperit , hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...