Wednesday, June 5, 2013

Cekodok Pisang Gebu


Assalamualaikum...

Hai semua, hola! Apa khabar?
Petang ni hujan lebat sangat dengan angin ribut dan petir berdentam dentum. Kilat sambung menyambung. Lepas berbual dengan bonda sempat lagi buat cekodok pisang.



Ehehe... Jangan gelak ada dua warna pula kan? Yang gelap sket tu goreng kali pertama, garing sket. Sambil2 goreng sayur tu yang ada india ada melayu cekodok saya petang ni.

Siapa tak pandai masak cekodok pisang tak pas kawen tau! Saja berhantu dengan cekodok pisang ni. Tapi selalu naik hantu kalau dapat yang keras, kurang pisang atau jadi macam apam pisang rasanya. Kalau korang perasan selalu kat kedai ada jual cekodok pisang besar penumbuk tu memang LM anti tau, dah la takda rasa pisang, pastu keras.. Haha, cerewet giler kan?

Resepi mudah kalau korang nak rujuk boleh tengok resepi CMG ni, http://www.tiffinbiru.com/2011/03/cekodok-pisang-gebutembammnyaaa.html?m=1

Saya tak sempat nak simpan lama, dalam dua puluh minit je terus goreng tadi. Letih nak duduk lama kat dapur. Lengan kiri masih sakit tak boleh angkat berat2.

Okey lah.. Selamat menjamu mata, terima kasih kepada kalian yang rajin intai blog picisan LM ni. UV nampak bagus dua tiga hari ni.. Syukurlah, rezeki la kan. Kot la duit nuffnang bertimbun ke, haha.

P/s: rajin masak tapi tak rajin makan, dah berselimut tengah malam baru rasa lapar.. Sob sob sob

www.tips-fb.com

5 comments:

Tedi said...Reply To This Comment

cekodok pisang yang garing la best, nyam nyam...

||aLeaSaRa|| said...Reply To This Comment

memang fav jugak,kalau pekena cekodok pisang dengan teh o/kopi o..nangis huhu...

yelah tak suka jugak beli kat luar.nampak je besar rupanya kek pisang yang dibentuk bulat dan disalut dengan tepung..goreng.dari luar nampak macam cekodok cehhhh..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

shda suka cekodok yang garing..gelap2 tu.sedap nya makan panas2..alamak saya xpandai la buat cekodok..cmne nie

D_08 said...Reply To This Comment

perghhhhh....awok kalo makan cekodok...awok suke kalo mem awok goreng kecik2..... baghu die garing sikit...... perghhhhh........ balik kang nak caghi pisang le.... nak buat cekodok...

missShila Nget said...Reply To This Comment

kite tak pernah terasa nak beli cekodok pisang besar2 tu..

tak kene dengan selera..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...