Thursday, June 27, 2013

Cerita Pasal Korea

Assalamualaikum...

Hehe... Sambil masak tengok fm kat peti sejuk tu saya senyum sorang-sorang. Aduhh bukan feeling apanya cuma berangan fikir bilalah saya dapat melancong ke sana.

Err sebut pasal korea mungkin ramai yang ingat saya ni peminat k pop. Ayooo korang salah faham, saya x minat walau sedetik pun k-pop tu malah x kenal sorang pun penyanyi dia. Dah la tak minat, x kenal muka, tak tau nama dan tak tau lagi dia jugak.

Sebenarnya kalau sebut pasal korea saya cuma suka pasal pelakon wanita dia yang comel macam anak patung, kulit gebu dan halus.

Saya juga sangat minat cerita autumn on my heart dan winter sonata. Berkali-kali asik layan cerita tu sampai la malam tadi pun layan lagi. Dua cerita tu saja yang saya layan kalau cerita korea ni, lain x layan.

Err lagi satu yang sangat suka pasal korea adalah sebab kat sana nampak sangat cantik.. Eiii geram dengan pokok berbagai warna dan nampak sangat nyaman dan indah suasana di sana.

Err ntah apa motif cerita pasal korea ntah... Letih la sangat hari ni, syafiq meragam sebab demam. Saya pun demam ditambah selsema juga. Baru siap masak. Menu hari ni nasi mandy.. Ehehe. Simple, tak perlu nak goreng-goreng bagai . Gambar? Nanti malam la ye. Tak sihat laaa

Korang lunch apa arini?


www.tips-fb.com

9 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak lagilah dik tak kenal semua tu cuma tahu negera Korea aje. Baik pelakon mahupun penyanyi semua tak tahu dan tak kenal pun..

Nieda ramly said...Reply To This Comment

mudah-mudahan sampailah hajat tu nanti

Kakcik said...Reply To This Comment

Lunch kakcik cuma biskut je. :)

Jom kita pergi Korea sama2...

Salim Harmanain said...Reply To This Comment

Lunch burger je harini.

Minat jugak drama Korea sikit2 :p

diana said...Reply To This Comment

saya suka drama korea..hari2 layan drama korea..heheh

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...Reply To This Comment

Kenapa ramai yang minat pasal Korea ek? Atul tak berapa minat sangat. Tapi kalau dapat pergi jalan-jalan kat Korea, okay je. :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

semoga LM sembuh cepat...rajin masak dgn keadaan tgh tak sihat tu..

sebelum ke korea, saya ingat nak tgk tempat yg nampak menarik dan org yang nampak lawa di tv. Bila dah sampai, mmg tempat dia cantik dan kebanyakan orang kat sana memang berkulit cantik. Mungkin faktor cuaca yg mempengaruhi.... selain dari tu, tak ada lah juga kenal ramai pelakon atau penyanyi, macam LM juga..

Mysara Ab Rahman said...Reply To This Comment

kte suke tgok drama korea! lagu tgok lagu2 la...ada yg best

mimi zakaria said...Reply To This Comment

ehh sama la kite..sy tringin nak pegi korea..tp xminat lgsung k-pop2 nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...