Wednesday, June 5, 2013

Cuti-Cuti Di Samila Beach Songkhla Thailand

Assalamualaikum... Salam sejahtera, hai hola semua!

Entri tertangguh yang dah berzaman dah tak sempat nak share ngan korang. Ehem, first time bercuti ke thailand buat saya teruja untuk ronda sakan di sana. Sebenarnya tak plan nak ke sana tapi sebab cari hotel kat semenanjung ni last minute semua penuh terus tukar plan nak menuju ke siam.

Perancangan di buat jumaat petang, kalut2 nak ke bank ambik geran kereta sebab nak berkenderaan untuk ke sana. Plan asal nak ke hatyai sebab nak shopping la kononnya, tapi hotel yang okey2 semua penuh. Glurp! Cancel nak ke siam... Konon nak ubah ke pulau redang, nasib menyebahi kami bila saya terfikir nak berehat di pantai samila. Terus call hotel tup2 ada kosong. Pukul 7 pagi hari sabtu tu baru dapat bilik! Laju2 packing baju

Maka plan berubah sikit tak menginap di hatyai tapi naik sket ke songkla. Hotel memang la murah, rm175 sebilik, kami ambil dua bilik. Selesa dan berbaloi, kalau kat sini sebilik time cuti sek ni berapa dah kan? Haha...




Tu dia bilik kami, ops abaikan katil berselerak yg saya dah guling2 tu.. Kolam renang dia pun selesa

Tapi.. Dalam bilik ni takda seterika tau, kalau nak mudah iron baju siap2.



Pantainya landai memang sesuai untuk aktiviti mandi manda. Nampak gambar orang berpusu-pusu tu? Haaa tu mereka ambil giliran untuk bergambar dengan patung duyung. Treadmark datang samila beach ni adalah duyung tu la.

Jenuh gak nak naik batu tu bergambar dengan duyung yang saya rasa saya lagi lawa daripada dia.. Ahaha. Letih nak jawab soalan qila kenapa duyung tak pakai baju, hihihi.

Lepak tepi pantai muka melayu ramai tapi semuanya orang siam, kikiki. Ingat kan pakai tudung tu islam sini tapi orang islam sana rupanya.

Tunggu sampai matahari terbenam baru naik bilik. Terasa syok pula tinggal sini selama dua malam sebab coffee house dia mengadap laut, lepas tu kalau nak ke pantai dekat sangat dalam 100 meter je. Tak
Bazir tenaga dan boleh debab kan badan. Hahaha.

Memang seronok bercuti tak plan ni tapi sangat lah penat. Terkejar2 cari hotel dan kalut packing baju. Ingatkan nak berehat di terengganu tapi semua hotel di pulau2 penuh, nak ke rumah rehat company pun tak sempat booking. Tergesa2 pun berbaloi. Tiga hari dua malam yang amat menyeronokkan.

Bagi yang nak berkereta ke sana sendirian, jgn lupa install gps sana tau sebab signboard sana susah nak cari tulisan rumi, kalau korang paham tulisan siam okey je kot, hehehe.

Lagi satu,kalau boleh booking hotel awal2 sebelum gerak, ambil nombor telefon hotel kalau tak jumpa boleh call. Jangan berangan korang nak singgah tepi jalan tanya orang untuk pandu arah sebab majoriti orang hatyai dan songkhla ni walau muda tak reti cakap omputih. Kalau sesat jenuh la korang.

P/s: nanti saya cerita apa aktiviti menarik siang hari di pantai kat korang ye. Entri di hatyai hutang dulu.. Hehehe

www.tips-fb.com

9 comments:

D_08 said...Reply To This Comment

wahhhh... bercuti.... sonoknye...espesyeli dengan famili.....

Mohd Ridzwan Abdullah said...Reply To This Comment

Wahhh...sronok jalan2, kan. Leh lihat tmpt org.

P/S: Msih igt lagi pada saya?

diana said...Reply To This Comment

WAH..JAUH NYA MAKAN ANGIN..:)

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

betul tu kak.. majoriti org sana x reti ckp omputih. susah skit la.. awal tahun aritu pergi tp check in kt hatyai.. x kuasa nak berbaris amik gambar dengan duyung tak pakai bra tu.. tgk je la org dok amik gambar

Ann Ishak said...Reply To This Comment

dah lama saya tak ke hatyai, last pegi pun 3 tahun lepas

ieda immi said...Reply To This Comment

bestnya dikk
yg penting2 cuti sekolah anak2 terisi kan ;)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Wow..sawadikap..kap pun ka...hehe

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

patut lama x nampak dia..rupa2nya bercuti di negara jiran

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

Sis LM... nak request ni...citer sket cemana nak apply geran keta dll tu...teringin plak nk guna kenderaan sendiri ke sana...masuk kot mana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...