Friday, June 14, 2013

Gulai Daging Salai


Assalamualaikum...

Salam jumaat semua. Dah lunch? LM baru nak makan ni. Daging salai petang semalam masih banyak lagi.



Tu dia gulainya. Ops kami orang selatan memang panggil gulai lemak cili api ni gulai ye, jangan salah paham pulak. Sebab orang utara panggil gulai tu kari kan? Nanti marah LM pulak.. Huk huk huk.

LM campur kentang sikit dan beberapa biji tomato ceri. Buat pun tak pedas, cili yang tanam sendiri tu agak pedas makanya LM cuma guna 5-6 biji je untuk masak sebab malas nak buat dua tiga jenis lauk.

Tadi buat sket telur masak kicap menambah lauk yang ada ni. Budak berdua tu bawa bekal nasi lauk telur la nampaknya hari ni.

Mereka tak cerewet makan, saya ni masih duk fikir nak makan ke tak nak makan ke tak? Haishh.. Jom makan!

P/s: korang dah makan? Menu apa hari ni?
www.tips-fb.com

1 comments:

D_08 said...Reply To This Comment

awok kekadang bile Mem awok kene pegi kursus atopon balik koje lambat....awok masak kat rumah.... bile cik LM buat camni..letak bahan2nye... dan caghe masak nye.... ade le jugak panduan awok nak masak bende lain.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...