Tuesday, June 25, 2013

Jangan Lupa Pakai Topeng Muka

Assalamualaikum semua

Walaupun kebanyakan sekolah telah mula dibuka semula hari ini dan aktiviti harian berjalan seperti biasa namun jangan kita lupa memakai topeng muka apabila beraktiviti di luar bangunan.

Harapnya stok mask mencukupi dalam simpanan LM ni sebab kebanyakan farmasi kehabisan stok topeng muka dan sesetengah klinik dan kedai mula menaikkan harga topeng mula hingga mencecah rm2-rm4 sekeping walau topeng muka ini termasuk dalam barang di bawah harga kawalan.

Bagi ibu bapa jangan lupa sentiasa ingatkan anak- anak memakai topeng muka semasa di sekolah terutama waktu rehat.

Bagi suri rumah juga jika melakukan aktiviti di luar rumah seperti menyidai pakaian harapnya jangan buat-buat lupa memakai topeng muka.

Hargailah kesihatan yang Allah beri agar hidup kita berjalan dengan lancar bagi melunaskan tuntutan harian di samping kewajiban kita terhadap suruhanNya...
www.tips-fb.com

6 comments:

Masni Syafie said...Reply To This Comment

dah pesan pada pengasuh...jgn lupa jgk..hehehe

diana said...Reply To This Comment

kawan saya kata dia beli mask 10 ringgit satu..huhu..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Anak sulung kakak sebab dia ada sinus so kakak suruh dia pakai niqap dah dik... sebab dia tak boleh pakai face-mask asyik bersin aje...

-Sara- said...Reply To This Comment

ermm teruk sgt jerebu skrg ni..kua kejap pon pedih2 mata :(

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Anak anak LM pergi sekolah tak arini? saya tadi disuruh balik sebab pengetua dapat arahan dari PPD .....

sekolah tadi edrkan free face mask.. kena belilah juga,,, tak ambil banyak pun tadi.l

mimi zakaria said...Reply To This Comment

sy nie ade asma..puas jgk mengepam , hekhek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...