Monday, June 24, 2013

Jerebu Di Selangor, Sekolah Tutup Arahan Berkurung.

Assalamualaikum

Sekolah di Selangor pula di beri cuti hari ni. Hurmm memang jerebu semakin teruk. Saya dah sakit tekak, gatal mata dan mula rasa badan semakin demam.

Moga maisarah dapat bertahan dan tak kena serangan asma, amin! Budak-budak ni dah dapat perintah berkurung. Memang tak bagi main di luar rumah. Lepak saja dalam rumah yang tingkap pun ditutup rapi. Perghh asap dah mula masuk di ruangan rumah. Rumah ku terasa seperti 'misteri'. Nampak macam berkabus dalam rumah. Tapi... Huhu ianya adalah asap!

Bau asam memenuhi ruang rumah. Rasa semput nak hirup nafas walau dalam rumah.

Moga bencana ini segera pergi dan Allah memberi kita dan keluarga kesihatan yang baik.. Amin!

P/s: sekolah cuti bukan tiket untuk anak-anak bermain di luar ye. Sila pantau anak kalian terutama bagi ibu yang bekerja kerana di luar rumah LM ni ramai je budak main basikal tanpa pakai mask. Ish ish ish.. Nak tegur anak orang, nanti maknya salah faham pula.

www.tips-fb.com

7 comments:

Masni Syafie said...Reply To This Comment

mata dah pedih2...brp lama sekolah bercuti?

diana said...Reply To This Comment

Kat sini pun dah sampai jerebunya..belum ada arahan kata cuti tapi ayah kat tempat kerja dah sms dah.."jangan buka pintu.jangan bagi Maisara main kat luar.."
heheh

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

betul tu.. kena berkurung.. luar dalam rumah pun rasa lemas.. harap2 budak boleh bertahan..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Pagi tadi papanya hntar naim ke taska..kul 1 dah bg sms suruh amik naim.. Say ambil kul 3.15 haha. Risau naim katanya.. Mmg pun pagi tdi kuatjerebu.. Skrg kat sini mcm dh kurang..mungkin. Sb cuaca panas

D_08 said...Reply To This Comment

ye cik LM... cuti sekolah mase time jerebu tengah teruk ni...... bio anak2 dok dalam rumah.... bukan bulih berjalan pun..... kang dapat bahana lain pulakkkk

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

kalau sekolah tutup, tapi anak2 main kt luar rumah mcm tak de guna jugak kan

mimi zakaria said...Reply To This Comment

ye betol..duduk dlm rumah jer yg sebetulnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...