Thursday, June 20, 2013

Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 16


Assalamualaikum...

Salam khamis buat semua. Nak share sikit info bagi rakan-rakan yang gemar swimming di hujung minggu dan tercari-cari tempat yang menarik dan kemudahan yang baik.

Haritu LM bawa budak2 ni swimming ke kolam renang di presint 16 pula. Kolam yang cantik dan agak besar serta kebersihan yang memuaskan.

Kolam anak-anak kecil siap ada gelongsor berair yang nampak menarik cumanya ia agak dalam bagi anak-anak berumur bawah dua tahun. Perlu pemantauan ketat jika nak lepaskan mereka bermain walau ada pelampung . Tapi kalau pakai pelampung tangan kira okey kot... Cumanya ibu bapa perlu pantau anak kecil tu bermain.

Bagi yang dah besar pasti seronok swimming di pool yang besar macam azhad dan maisarah tu. Tak ingat apa dah, berendam sampai kecut kaki tangan semua. Dah lama tak swimming memang lepas gian betul la dorang.




Bilik persalinannya cantik dan bersih...tak jadi masalah untuk mandi dan bersalin pakaian di sana.

Bagi diri LM ni suka lagi swimming pool kat pusat maritim sebab dia indoor, tapi ramai sangat orang dan budak-budak ni kurang suka sebab airnya masin. Di sebab lan dia indoor rasa boring sebab takda pemandangan yang cantik kot.. Tiket masuk di pusat maritim pun lebih tinggi berbanding tempat lain. Nanti LM share info swimming pool tempat lain pula ye.

Ops tiket masuk rm2 untuk kolam besar. Lupa nak cerita tadi... Hehe.




www.tips-fb.com

5 comments:

PaPa Blogger said...Reply To This Comment

eh... sya keje kat kompleks presint 16 pon xtau ade kolam.. hahahaha...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Dah lma xbwk ank2 rin g swimming

D_08 said...Reply To This Comment

sesekali awok singgah umah kengkawan, pakcik makcik kat sane.....awok caghi kolam ni nanti.... mmg utk public ke...ato yang kat presint 16 je???

Cik Cammy Lia said...Reply To This Comment

kat mn ni kak?? sy xpnh dgr lak ad kolam renang ctu hehe..

mimi zakaria said...Reply To This Comment

wahh bestnya main kt swimming pool..sgt jeles !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...