Sunday, June 2, 2013

Lompat Tikam

Assalamualaikum
Hola... Hai semua. Lama tuan blog menyepi. Busy sangat sampai tak sempat menaip,huhu.

Err nak tayang kuih tradisi pantai timur ni, lompat tikam. Sebenarnya ini kali pertama saya makan kuih ni selepas berkurun lama mencari. Jumpa kat pasar malam bangi.



Tu dia.. Tayang sket gambar dia. Yang putih tu adunan santan dan tepung beras, yang hijau tu tak de santan kot, tak lemak pun. Atau mungkin dia pakai santai cair saja. Merah tu pulut. Makan dengan air gula macam kita makan bubur sumsum tu. Bagi saya orang selatan yang membesar dengan bubur sumsum pastinya bubur sumsum menjadi pilihan utama sebab rasanya lebih lemak. Tapi sebab terbayang2 keseksian pulut merah tu saya nak juga makan lompat tikam ni.

Dulu masa belajar di uitm jengka asal ke pasar malam je memang banyak gerai jual kuih ni, tapi bila duduk area selangor ni susah la pulak nak jumpa.

Unik dengan namanya, menarik warna putih, merah dan hijaunya berserta air gula merah yang manis memang tak hairan lah mengapa kuih ni menjadi pilihan ramai.murah je baru dua ringgit sebekas.

Korang suka kuih ni? Ehehe.
www.tips-fb.com

11 comments:

GreenSejukhati said...Reply To This Comment

wwaaa mmg suka sgt kuih nie..tp seeloknya buat sndiri lg puas hti..senang pun snang..tp kitorg xpenah plak bantai letak plut tu , hihi

D_08 said...Reply To This Comment

Gune santan baghu best.... Die punye lemakkkkk..... Campo dgn manis .... Perghhhhhh.......

ieda immi said...Reply To This Comment

tapi kalau tmpt akak , lompat tikam dia x der pulut atas dia ..
tu akak pelik tgk yg nie

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

kt kelantan memang femes makanan ni. makanan paling zalim. lompat je kena tikam.huhu

Anonymous said...Reply To This Comment

betul..sama mcm ieda...kt tganu tak der pulut kt atas.....rasanya skang mukim dah pelbagai,....tambah. ?.ada tu..tambah kacang merah,..ada jgk tambah aiskrim...ala2 makan kt hotel la....

Tp aslnya hijau,putih..air nisan a.k.a gula melaka

ila said...Reply To This Comment

bubur sumsum mmg sedap.
baru makan semalam makcik buat.hehe

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

kuih kelate...tp sy sdiri jarang mkn sis LM...

missShila Nget said...Reply To This Comment

bubur sumsum memang best..

lagi yg dah disejukkan..

woah~ 2-3mangkuk pn boleh layan..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya suka.. Kalau balik kampung selalu beli.

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

sesapnya kalau mkn time panas panas ni kan kak.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

alahai... terliur plak nak mkn. padahal tak pernah rasa. bukan org selatan je membesar ngan bubur sumsum miza, izan org jawa selangor pun sama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...