Tuesday, June 18, 2013

Masak Lemak Kobis


Assalamualaikum semua
Harini LM ketandusan idea untuk masak apa. Akhirnya menu simple ni sajalah yang mampu disediakan untuk dinner malam ni.



Sebenarnya sayur masak lemak kobis ni antara sayur kegemaran LM. Lama dah tak masak sayur ni. Tak susah nak masak sayur ni , mari LM share cara memasak sayur ni ikut versi LM main campak-campak.

Bahan:
1/2 biji kobis saiz sederhana besar(jangan hiris terlali nipis)
1 biji bawang besar- hiris nipis
1 ulas bawang putih( LM tak letak)
1 biji cili merah(hiris)
2 sudu besar ikan bilis( cuci dan tumbuk kasar)
Santan cair 800 ml
Santan pekat 300 ml
Garam

Caranya: masukkan sayur kobis yang dihiris sederhana, bawang, cili dan ikan bilis bersama santan cair tadi. Biarkan mendidih dan kacau selalu. Masukkan pula santan pekat dan garam. Jika perlu boleh tambah sedikit air. Masak dengan api sederhana dan pastikan sentiasa kacau kuah agar tidak meruap santan tadi. Matikan api apabila kuah telah masak.

Mudah kan? Hehe.. Mana ada resepi yang LM suka susah nak masak. Semuanya mudah-mudah. Hurmm sedap di makan bersama ikan goreng. LM goreng ikan cermin saiz besar untuk lawankan bersama sayur ni . Tidak lupa sambal tempoyal dan juga ikan terubuk masin.

Korang makan apa untuk dinner malam ni?
www.tips-fb.com

10 comments:

diana said...Reply To This Comment

menu ni kat umah saya tak laku..hahha

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

baru je mgu lepas..peberet ai gak ni

ieda immi said...Reply To This Comment

sedap niee ..
angah cukup suke ! ;)

D_08 said...Reply To This Comment

awok Alhamdulillah...ape mem awok masak....itu awok makan...awok jenih tak berkighe....

Cik Cammy Lia said...Reply To This Comment

sy pon sgt suka lauk ni..hehe..

PaPa Blogger said...Reply To This Comment

kalau kat kg, kat sabah tak de makan camni.. bile kawen ngan org semenanjung baru la dpt makan kobis masak lemak.. kalau kat kg makan ngan belacan je...

missShila Nget said...Reply To This Comment

dapat ikan goreng, dgn sambal belacan..

makan x pandang kiri kanan..

sis sihat..?

najihah sahami said...Reply To This Comment

terubuk masin?? sedappnya makan ngan nasi panas.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

izan pun suka kobis masak lemak camni. mkn pulak dgn ikan grg/ayam grg... sambal belacan. fuhhhh!

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

hamboii...dapnye kak...
ade ayam goreng lagi sedap ni..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...