Saturday, June 29, 2013

Minum Petang


Assalamualaikum
Hai semua.. Lambat up entri hari ni, phewww mujur ada entri kan?

Baru siap menyediakan juadah minum petang. Extra vitamin R hari ni maka adalah nasi goreng dan keropok lekor.


Seperti biasa la kalau sabtu ahad memang tak masak siang malam konon nak cuti memasak. Tapi tadi masa makan kat luar azhad mogok tak mau makan. Haish..

Bila petang ni terjumpa pula nasi lebih malam tadi yang LM simpan dalam peti sejuk. Tu yang terus buatkan nasi goreng tu.

Dalam ramai-ramai anak azhad ni cerewet sket makan kat luar. Kalau nasi ayam tu lain sket dari LM masak dia tak mau makan. Hari tu dia kata nasi ayam tu tak boleh makan sebab ada darah. Bahagian peha tu memang ada darah pun.. Tapi bukan semua ayam tu tak masak, puas pujuk suruh makan bahagian yang elok masak dia tetap tak mau.

Makanya kalau jumpa kedai yang okey bernasib baik la, kalau macam tadi pukul 12 tengah hari dia mogok kata nak roti tisu. Haiya mana nak cari kedai makan melayu roti tisu.

Ragam anak-anak ni kadang kala boleh buat kita darah tinggi juga agaknya...

Ops, korang dah minum petang? Dapat kopi petang-petang ni syok juga
www.tips-fb.com

2 comments:

ermafatiha said...Reply To This Comment

vitamin R eh keropok lekor? huhu..

sedap jugak tu buat makan petang cicah kopi o...

mimi zakaria said...Reply To This Comment

hurmm sedapnya nasik goreng mkn dgn kepok lekor kn..vitamin R terlebih yerk..bagus2 , jgn asyik vitamin M je ekk , hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...