Wednesday, June 5, 2013

Nak Kurus?

Assalamualaikum...

Nak kurus? Haaaa, kalau saya upload gambar ada yang kata "eh makin selim la"wahaha rasa nak pengsan pun ada. Ops jap, orang peduli sebab LM kan dah beranak pinak, kalau solo molo tu memang tak heran la kurus kering kan?

Apa tips? Semua kawan rapat asik dok tanya. Eh korang gurau ke serius ni ha? Glurp! Tau tak berat LM ni seminggu naik dua minggu pastu turun sket, makan banyak naik lagi, letih sket turun lagi dua kilo... Tu la ragamnya.

Sebenarnya LM makan macam biasa sebab si kenit yang dekat dua tahun tu masih menyusu badan. Cuma LM akan pastikan perut ni tak kosong sebab ada gastrik. Pagi- pagi mesti kena sarapan dan ambil dua sudu rumpai laut bagi perut kenyang. Susu atau teh dan roti atau bihun dalam 4-5 sudu. Dah makan rumpai laut memang tak boleh makan sepinggan .

Tau tak? Mungkin korang okey, tapi LM akan jadi gemuk kalau tak makan pagi. Sebab mulut ni akan makan biskut tanpa henti dan telan sepinggan penuh nasi masa lunch nanti. So... Kalau takmo gemuk kena makan sket time pagi, lunch dan dinner pukul 6 suku petang biasanya lah. Tapi kalau perut meroyan mulalah melepak kedai mamak pukul 10 malam tanpa rasa bersalah, haha.

Senam jangan malas, walau kejap kena senam tiap hari. Biar orang nampak mula korang malas nak senam tapi buat2 la rajin belakang orang. Lebih malu jika pukul canang diet bertahun2 tapi badan 'seketul' camtu jugak. Nak senam kena gigih sket. Kalau berteman ke gym atau jogging tu kena perhati sket, risau banyak borak dari senam.

Regangan dan teknik senaman juga perlu sebab kita perlu tahu bahagian mana kita nak fokus untuk buang lebihan lemak tu. ada orang peha besar, ada orang lengan besar. Makanya, pandai2 la korang fikir senaman apa yang sesuai untuk korang.

Kenapa perlu kurus? Untuk diri saya supaya saya ada keyakinan diri, rasa sentiasa cantik dan yakin untuk melangkah setiap hari. Kalau berat naik je lebih dari 53 kilo tumit saya akan sakit, cepat mengantuk, malas nak buat kerja terutama melipat kain dan menyidai kain yang perlu menunduk dan membongkok banyak kali. Hehe...

Tiap orang punya cara dan pendapat tersendiri. Saya bukan pakar dalam ni, saya cuma lakukan cara ni sebab ia berkesan untuk diri saya dan ia sangat cepat membuahkan hasil.

P/s: dulu siap ada group joms kurus .. Skrg ni usaha sorang2 sbb smua ada baby tak boleh nak laju2 kuruskan badan.

P/s: dalam gambar badan nampak lagi besar eh? Kenapa gitu ek?
www.tips-fb.com

5 comments:

D_08 said...Reply To This Comment

tapi betoi le...awok sebab badan naik sikit...cepat penat...... nak berjoging pulak tak sempat..... nak berfutsal pulak..... udah penat...... ate....caghe terbaek sekghang ni.....awok berpose je le..... dengan harapan beghat kughang.... kalori pun jadi kughanggg.....

azian said...Reply To This Comment

4-5sudu jekkk me????omg....
tak cukuppppp...ahahah...yan sejak sakit2 turung 2kg kak...tak lalu makan....ade hikmahnya jugak ye...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

awak...badan kita dah naik la

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

huwaaa...more than 53kgs - dats me rite now :(

ikutkan dah bersenam secara konsisten kira2 4 bulan dah. brekpes, yes...tak pernah skip. mungkin silap step ambil makanan manis kot.

kena ubah lg pas ni :(

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

nampak mcm jaga badan tul LM ni. saya pun nak ikut jejak langkah Lm lah.. berat masih 45kg tapi lemak kat perut nampaknya makin membiak ni, kena buat sesuatu nampaknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...