Wednesday, June 19, 2013

Pembantu Rumah Harian

Assalamualaikum

Apa khabar semua? LM sihat seperti selalu, alhamdulillah.

Hurmm harini makan hati berulam jantung lagi. Geram dan panas hati. Alkisah, minggu lepas sorang makcik indonesia ni dia memang rajin tolong carikan kawan dia yang nak kerja bersihkan rumah. Dah banyak kali dia carikan untuk kami. Kali ni dia bawakan seorang makcik yang umurnya dalam 60 tahun pada kiraan pandangan mata saya. Bersungguh- sungguh nak kerja . Walau hati agak berat nak terima sebab faktor usia dia saya rasa baik saya bagi dia peluang dulu. Mana tau kudrat dan tenaganya kuat buat semua kerja membersihkan rumah.

Dari pengalaman lalu rumah lima bilik dan tiga bilik air serta simen luar akan beres dibersihkan dalam masa empat jam. Bayaran gaji berdasarkan kiraan jam.

Ikut perjanjian dia kata nak datang pukul 9.30 pagi pada hari isnin lepas. Tunggu punya tunggu pukul sepuluh baru dia sampai. Saya nak guna dia tiga jam dari 9.30-12.30 sebab pukul 12.30 saya nak keluar ambil qila. Takkan saya nak tinggal kan orang luar dalam rumah saya terutama warga asing yang saya baru kenal.

Bila dia datang lewat pastinya dia kerja dua jam setengah saja isnin lepas dan bila kerja dikira ikut jam pastinya saya bayar ikut harga dia kerja saja. Hari ni janji dia nak datang pukul 9.00-12.00. Sebab dia dah tua saya janji nak ambil dia pukul 9.00 di kawasan rumahnya.

Tunggu punya tunggu dia tak muncul. Bila call katanya dia di rumah orang lain kerja dua jam gosok baju. Dia minta masuk kerja jam 10 pagi katanya. Saya jawab," jika pukul 10 pagi, makcik kerja 2 jam setengah saja sebab saya nak ambil anak jam 12.30".

Boleh je dia jawab, "owh majikan saya tu ditinggal kunci sama saya dan bila pulang rumahnya sudah bersih". Dalam hati saya.. What?? &£$%}*^~<€} hati dah mula panas saya cuba istighfar beberapa kali.

Dah la saya jemput dia, dia boleh je kerja tempat lain. Bila mungkir janji boleh pula dia nak ajar saya minta tinggal kunci rumah kepadanya? Phewwww. Gua sudah panas hati. Saya kata, kalau makcik nak kerja lama boleh datang petang. Dia laju je jawab boleh. Saya tanya jam 1-5 petang boleh? Dia kata boleh. Dalam hati takpalah, solat zohor bukan lama sangat pun. Berharap dia tak zikir lama-lama. Huhu.

Sekarang ni dah dekat 1.30 dia masih tak sampai lagi. Gaji dikira ikut jam, kalau asik ngelat rugi lah saya. Nampaknya saya ni takda tokoh jadi majikan. Lembut sangat pada mata mereka sebab tu asik kena permainkan agaknya.

Dua bijik tandas saya dah tolong cuci tadi, kalau tak beres juga kerja dia saya tepuk dahi saja lah kot lepas ni. Hurmmm sabar je la.

Panjang berjela entri luahan rasa saya ni kan? Maafla jika ada yang bosan. Cari pembantu dari ejen juga yang bagus nampaknya.

P/s: kita ni kalau boleh nak beri peluang bagi yang bersungguh, tapi tak sangka ramai yang mulut manis tapi hampeh


www.tips-fb.com

12 comments:

Izan Ishak said...Reply To This Comment

ada juga orang yg macam tu ye miza. nampaknya mulut saja yg manis, tapi kerjanya buat kita pula yg pening kepala.




najihah sahami said...Reply To This Comment

kalau kira ikut jam akak tak boleh ke bayar ikut jam yang dia datang je. erk..ke camane. huhu.

umi mish pun buat camni. dua hari kat umah mish. hari lain kt tempat lain. steady je makcik tu buat keje kak. umur dah 62 taun. kudrat kalah kita. huhu

Rain said...Reply To This Comment

dah lega lepas luah kan?

apa-apa pun soal keselamatan rumah memang kena tegas.

moga pembantu yang sesuai.. aminn

dah tak boleh bercanda dengan LM kat twiter

D_08 said...Reply To This Comment

wahhh...ini kes live ni........ tapi awok tak paham...maknenye... makcik tua tu tak datang2 lagi la ye?? ..... kalo dia datang ce cik LM.... tangkap gambo dia.... letak kat blog mike... at least takde le yang lain terkena...
errrr lagi satu duitnye udah bayo ke belum???

ummi_khalish said...Reply To This Comment

assalam LM...semoga lega bila mluahkn...hmm...nilah kalau orang yang bekerja tapi tak amanah..ish ..geram.....tapi bgs LM tegas....hak kita tu...

Mysara Ab Rahman said...Reply To This Comment

ati2 kak...pas tu jgn sesekali tggl kunci kat dye...dbuatnyer pap nt..ni skre jdg pn cm pndai ngelat

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Orang yang kerja nya macam ni mmg tak nak kerja lama tu.. Janji tak tepat, lain kali jgn call dia lagi..

hana hadi said...Reply To This Comment

skrang ni ada kat syarikat servis pembersihan rumah.. rasa macam selamat sikit. tapi mahal la kot. pernah tengok iklan kat tv.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Owhh..sory to say..org indon LM mmg selalu jnji dicapati..hehe

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

kire jam die bekerja jela camtu kak...
kadang2 org ni klu kite bagi muka die plak ngade2..hihi

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

miza...kalau gitu cara nya..awak suruh je dia datang sendiri dan awak bayar setakat jam yang dia kja...

Anonymous said...Reply To This Comment

Sama lah kita za kena 'buli' dgn bibik yg byr ikut jam ni. Kt sgmt dulu suka gak ambik bibik(mls taip pmbntu rumah,pnjg sgt) yg ikut jam ni. Blh pulak dia soh sy panjat ambikkan vacuum. (masa tu tgh memboyot ok). Yg sy ni pun bengong ikutttt je. Eh ni sapa kena byr gaji sapa ni. Hehe -syariena-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...