Thursday, June 13, 2013

Penanaman Cili Api

Assalamualaikum..

Berkebun? Ada yang minat? Sejak masuk DPIM dulu minat berkebun dan menanam bunga semakin menyubur dalam diri saya. Rasa tenang melihat segala tanaman kita terjaga rapi.

Nak tanam cili api ni bukan susah sangat pun, jika nak di ladang anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris

Jika ingin menanam di dalam pasu atau di dalam bekas lain semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Bila sudah tumbuh hanya sepokok.


MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
(sumber: Suara KPW Oktober 1993)

Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian. Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting. Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya. Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

PENJAGAAN:

Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja

1. Di Ladang
Tabur baja NPK Blue Special (12:12: 17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.


2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12 17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Meh nak tayang sket hasil kutipan cili saya beberapa hari lepas.



Cukup la untuk guna seminggu. Yang ada di pokok tu pun dah mula masak boleh petik esok lusa.

Ada orang kata kalau guna baja organik cili akan jadi lebih pedas. Entah la saya tak pasti betul atau tak. Tapi cili saya ni memang sangat pedas rasanya. Jimat banyak la sebab tak perlu guna banyak.

Apa yang penting nak guna petik je, tak perlu beli lagi. Jimat jimat jimat( versi upin ipin)

Nanti saya tunjukkan anak pokok kacang botol yang saya semai beberapa hari lepas yang dah mula naik. Harapnya hidup subur seperti tanaman yang lain nanti.
www.tips-fb.com

8 comments:

najihah sahami said...Reply To This Comment

mak aih..tangan sejuk la akak ni. campak la pokok pa pun, konfem subur.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Rajinnya bercucuk tanam...

LM, sorry, saya rak perasan yg komen LM masuk spam.. Pasal oleh-oleh korea tu.. Bagi alamat k, tak menang pun, saya bagilah LM sesuatu k..

D_08 said...Reply To This Comment

mane nak dapat baja NPK BLue Special ni..mane2 kedai ade ke???... sebabnye mmg sekaghang ni awok dengan Mem semai biji benih cabai...dan dah tumboh pun....nak bagi gebu lagi .....

diana said...Reply To This Comment

saya pernah tanam cili..tapi asyik jadi makanan burung je..dia tumbuh elok je..taoi bila berbuah cili tu habis dimakan burung..burung apa entah kat umah saya ni..kecik2 je..tapi makan cili..tak ke pedas??

otak kosong said...Reply To This Comment

tak ado cili padi tak sedap nak makan. tapi bahaya makan banyak and selalu ni. boleh kene ulser usus sebab pedas.

Suhaila Zahari said...Reply To This Comment

Suami sy pun ada tanam cili padi..jenuh sy nk kutip cili stiap kali blk kg..ada 200+kg pokok..sekali kutip ada la 15 kg..ye! kalau guna baja organik mmg lagi pedas..

deno said...Reply To This Comment

ma deno pun ada tanam pokok cili kat belakang rumah.. biasanya amik kat belakang je.. hihi^^

Anonymous said...Reply To This Comment

Sy semai cili asyik 2 helai daun je, x besar besar pun . kenapa yea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...