Tuesday, June 11, 2013

Penjagaan Rose

Assalamualaikum
Hai semua, hola!

Dah lama terbiar pokok rose kesayangan LM tu. Sejak cuaca asik hujan tiap petang jarang sekali LM pedulikan rose tu. Akhirnya sepasu dah mati kot? Hurmmm




Tinggal dua pasu saja, rose putih dan rose kuning. Abaikan rumput dalam pasu tu ye, nampak sangat pemiliknya seorang yang pemalas.. Ekeke.

Minggu lepas baru pulih ingatan yang LM ada rose rupanya.. Hehe, terus pergi intai. Dah mati sepasu baru nak bertaubat. Setelah ditrim sket dan dibaja hasilnya amat mengembirakan sebab minggu ni ia dah keluarkan bunga. Syukurlah masih boleh diselamatkan pokok LM tu.

Jaga pokok rose ni bukan susah pun, kalau di jaga betul pasti subur dan berbunga lebat.

1. Pokok rose perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang. Siram di bahagian tanahnya bukan di daunnya

2.cantas dahan yang telah gugur bunganya anggaran 15 cm dari punya yang gugur. Pokok perlu dicantas selalu agar ia lebat berbunga

3.baja pokok dua kali seminggu sebolehnya elak dari baja kumuhan kerana ia agak panas.

4.biarkan pokok terdedah kepada cahaya matahari

5.jika terdapat kulat putih pada dahan pokok segera sembur dengan racun.

Moga panduan ini dapat memberi sedikit info buat peminat bunga rose terutamanya sahabat saya izzan yang dah banyak pokok rose di rumahnya. Eh kak zakie pun suka rose kan? Hehe

P/s: kena beli pokok baru ganti yang dah mati tu.. Sedih, sob sob! Macam hilang semangat rasanya hilang sepasu pokok rose.
www.tips-fb.com

2 comments:

D_08 said...Reply To This Comment

mak ai..sampei lupe ingatan tu...... sebok sangat la tu yee...... sementaghe tengah ade lagi 2 pasu tuuu.... jage le....

kiera'sakura said...Reply To This Comment

kira tak rasi tanam pokok. selalu klu tanam mesti tak lama lepas tue mati walaupun jaga dah elok. kalau tanam pokok berbuah tue alhamdulilah lebat nanti buahnya. tangan panas org kata hihi

*Neurogain tue kira dah masuk botol yang kedua. memang dari awal lagi dah makan, masa jumpa pakar ritu dia dah suggest and osmate pun ade cerita pasal vitamin tue. mekasih kak ingatkan :). hb darah tue insyaAllah kira yakin akan naik lagi. sebab sebelum2 nie memang selalu rendah and turun tp syukur sgt yg bulan nie dah ade peningkatan. doa2 sgt moga nanti boleh normal dah lepas nie amin :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...