Wednesday, June 26, 2013

Pizza


Assalamualaikum semua
Dah lunch? Alhamdulillah LM sempat buat pizza untuk makan tengah hari ni. Sekolah budak-budak ni masih tutup lagi so memang meriah jika buat makan besar camni.

Haritu buat satu adunan je tapi hari ni terus buat tiga adunan pizza dari resepi kak dayangjack. Perghh menggagahkan diri dalam tak sihat uli pizza memang bagus. Menitik peluh.. Ehehe



Taraaa tu dia pizza yang dah ada mayo siap sedia untuk dipotong. Aqilah yang kenit tu pun mampu makan tiga potong.

LM dapat 5 keping pizza pelbagai saiz. Tap yang pasti tebal sebab azhad tak suka pizza kulit nipis. Dia dah pesan awal-awal suruh buat pizza tebal.



Aqilah puji melambung macam biasa kata sedap pizza ni tak henti-henti. Hihi.. Orang lain buat lagi sedap dik!

Okey lah kot.. Layankan tekak budak-budak ni. Kalau buat sendiri tak la masin macam makan kat fast food tu kan. Walau tak la sedap mana kita buat pun.

Bila tak berapa pandai masak ni macam tu la.. Nak masak apa-apa siap pen kertas menyalin resepi.. Hihi. Apa pun tq akak DJ kerana resepi yang dikongsi mmg best.
Resepi di link kak DJ ye.. Korang boleh salin di sana.
http://dayangjack.blogspot.com/2012/03/resepi-lengkap-pizza-my-style.html?m=1

LM cuma guna resepi doh dia je, topping tu hantam saja sapu sos cili dan sos tomato pastu tabur topping ayam, sausage,crab stick dan cili benggala. Lepas tu tabur cheese.

Selamat mencuba.. Tak rugi cuba sebab memang berbaloi!
www.tips-fb.com

9 comments:

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

lama dah tak wat pizza sendiri.. sedap nye sebab buleh letak apa2 banyak mana pun yg kita suka.. kan kan..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

sedap nampaknya, LM ni boleh buat bisness....ni bolehlah buat banyak banyak dan jual... haha, anak bongsu akak saya, panjang akal tul, walaupun sekolah rendah lagi, dia kumpul banyak duit dgn berniaga. Mak dialah jadi mangsa, kena buat pizza, cupcake untuk dia jual. haha, bakal usahawan agaknya..

uncle gedek said...Reply To This Comment

Campur nenas sikit.. lagi ohsem!

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

bertuahnya anak2 LM. mak nya pandai wat pizza

zacky786 said...Reply To This Comment

nampak menyelerakan !

najihah sahami said...Reply To This Comment

kak...nak sepotong!!huwa.sedapppnyaaaaa....peberet kot pizza nih. lagi2 ada crab stick tu. nnti mish ngidam akak buatkan eh. hahaa

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

aqilah mcm afiq jugak ye..puji selalu...kalau leh satu suap 1 pujian..hehee..dorang menghargai apa yg kita buat..

dah lama jugak xbuat pizza nie

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...Reply To This Comment

Nampak sangat menarik ! Dah lama tak makan pizza. Sedapnya! :D

mimi zakaria said...Reply To This Comment

wauu nie yg teringin nak buat nie..takpe2 hajat akn ksampaian jgk nk buat sbelum puasa nih , yuhuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...