Friday, June 14, 2013

Resepi Gulai Daging Salai


Assalamualaikum...

Nak resepi gulai daging salai yang mudah? Ahaaa daging salai ni LM buat lepas siap bbq aritu. Bara yang lebih tu terus salai daging tu. Bagaimana nak buat daging salai? mudah saja, lepas cuci daging yang dipotong nipis terus gaulakan garam dan kunyit dan boleh salai. Kalau takda tempat nak salai pakai oven pun boleh. Ops takda daging salai boleh pakai daging segar juga.



Tu dia lauk yang LM tunjuk pada entri yang lepas. Aduhhh maaf sangat banyak kali korang minta resepi tak sempat LM nak taip resepi segala menu yang dikongsi bersama kalian. Okey ni LM sertakan resepi ye.Maaf atas kelewatan. Moga ia boleh menjadi sumber rujukan kalian.

Resepi dari LM pastinya yang mudah- mudah saja.

Bahannya:
Daging salai(LM guna 1/2 dari daging yang di salai sebanyak 1 kg)
-hiris daging tadi,basuh sikit dan rebus hingga empuk.

Bahan kisar
-cili api 7 biji( jika nak pedas letak la lebih)
- kunyit hidup 1 inci

Tumbuk atau kisar halus
- serai dua batang(dititik)
Pati santan dari 3/4 biji kelapa
-1 keping asam keping
-garam secukup rasa
-3 biji kentang
- tomato ceri 3-4 biji(belah dua)

Caranya: campurkan bahan kisar dan santan tadi di dalam periuk daging yang telah empuk. Masukkan kentang dan serai. Asam keping dan garam juga boleh masukkan sekali. Kacau kuah dengan hati- hati. Api sederhana perlahan. Kacau sentiasa agar santan tidak pecah. Masukkan tomato ceri apabila kuah hampir masak.

Selamat mencuba.

P/s: sebenarnya malas nak taip resepi sebab LM bukan blogger masakan. Segan la pulak. Tapi sebab dah banyak kali orang tanya kenapa tak letak resepi rasanya tak salah berkongsi resepi kan? Selamat memasak. Hehe

www.tips-fb.com

4 comments:

diana said...Reply To This Comment

suami syaa suka kalau tu masak kerijg2..kalau berkuah dia macam tak suka..tapi saya pa cara masak pun saya bedal..hhaha

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

sedapnya kak LM masak

D_08 said...Reply To This Comment

tambah satu lagi resipi dalam menu awok.... tq...tq... cik LM...

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

daging salai lg best mkn kalau masak lemak camni...
tp slalunye nak salai bagai tu yg mlas tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...