Thursday, June 6, 2013

Roselle Baik Untuk Kesihatan


Assalamualaikum

Hai semua, nak tayang pokok roselle saya yang kecik ni, saya ada dua pokok, satu lagi dah besar dan yang ni baru dua tiga peringkat buahnya. Bonda suruh tanam maka saya tanam la pokok ni.

Ada yang memanggil pokok ni sebagai asam belanda atau asam susur. Nama saintifiknya Hibiscus sabdariffa kalau tak silap saya( sila betulkan ye terutama sahabat dpim dan madam yan) hihi. Minuman air roselle adalah minuman kebangsaan orang sudan yang mereka panggil karkadeh.



Tu dia pokok roselle comel saya, abaikan lalang jiran sebelah tu ye. Tak sempat nak crop gambar tadi. Vitamin C yang tinggi amat baik untuk kesihatan .

Selain itu
1.minuman ini baik untuk anti penuaan
2.mencegah penyakit jantung
3.ia anti oksidan dan anti kanser
4.baik untuk mereka yang selesema dan demam panas
5.bagus untuk mereka yang resdung dan asma
6.bagus untuk mereka yang stress/susah tido
7.baik untuk yg mengalami penyakit kulit

Cara nak buat air mudah saja.
1.ambik 3-5 kuntum dan tanggal kan kelopaknya. Rendam dlm air panas dan campurkan sedikit gula.
Jika suka minum sejuk boleh letak ais. Tapi jika mau menguruskan badan bagus minum panas2.

2. Ambil segenggam kelopak bunga roselle dan kisar. Tapis dan campurkan bersama air dan gula. Hampas tadi boleh di sapu ke muka untuk dijadikan masker.

Selamat mencuba,boleh dikeringkan binga roselle ni dan boleh diguna dua kali tiap kuntum yang kering tadi.

www.tips-fb.com

6 comments:

D_08 said...Reply To This Comment

cik LM.... umah mentue awok ade dalam 4 - 5 pokok roselle ni.... jadinye tak heran le bile tiap kali balik kg... ini le ayo wajib..... dan siap ade bekal lagi untok kami bawak balik.... gamaknye itu sebab le awok ni kurus kot.... kekekekek

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

wow best nya akk boleh tanam.sy ni dulu masa kurus minum roselle lah kak.hehe

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

ai, banyak khasiatnya ni..bolehla kalau nak cuba tanam sendiri.. kalau bleh kurangkan stress..haha, asyik tensen aje, apalah nak jadi ni..

hana hadi said...Reply To This Comment

hana suka minum roselle. mula2 hana ingat roselle ni buah, rupa2nya bunga..

diana said...Reply To This Comment

masa kecik dulu kat umah pokok ni belambak2..buat masak2 je..hahah..

Yong Baiaah said...Reply To This Comment

wahh, saya suka yang khasiat yang no 6 tu
6.bagus untuk mereka yang stress/susah tido

nak kena cari lepas ni, tanam kat rumah mak, sejak 3 tahun lepas memang susah sangat nak tdor malam, 3 4 pagi baru mengantuk, cemana? so skrg dh tau dah nak amalkan apa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...