Thursday, June 6, 2013

Sambal Kacang Bilis Indonesia


Assalamualaikum
Hai semua, hola!

Yihaaa ada permintaan untuk menu ni, maka LM masakkan juadah ni untuk dinner.



Resepi ni bonda yang ajarkan. Alkisah ayah suka makan lauk ni di kedai makan dan bila dia tanya apa nama menu ni dan bagaimana nak buat orang tu kata namanya sambal indonesia. Apa nama sebenarnya pun LM tak tau.

Cara memasaknya sama seperti sambal biasa cuma tak letak bawang dalam tumisan cili tu. cuma bawang putih saja kerana dikatakan sambal tak garing jika guna bawang. Sebagai ganti ditambah bawang goreng yang digoreng sendiri bukan yang beli tu tau.

Bahan lain sama je bilis goreng, kentang, lobak asin dan kacang tanah. Bawang goreng tu masukkan sama2 dengan bahan lain selepas cili tadi garing. Jangan lupa garam dan gulanya.

Sedap dimakan ketika sahur untuk pembuka selera dengan nasi panas... Hehehe

P/s: jika bersedih banyakkan lah beristighfar dan berzikir, moga hati kita lebih tenang selepas itu.
www.tips-fb.com

7 comments:

akmall said...Reply To This Comment

kak, kacang tu kena goreng lain ke camne? ke kena goreng sekali bahan-bahan yang ada tu,

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

pekena lak dengan telur dadar kan..yg pasti kentang mesti ada.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

x pernah mnum g air rossele nie

diana said...Reply To This Comment

Ada lobak ASIn yang sedap tu..saya suka betul lobak asin..

D_08 said...Reply To This Comment

Cik LM
awok bulan pose suke sambei tumis ikan bileh digoreng keghinggggg......gune pulak ikan bileh yang kecik tuuuu....pergh bersahur ke...berbuke ke...... lauk tu je pun dah cukopppp........
tapi yang ni awok tak penah tauu..... maknenye awok kene terai le......

Tina Othman said...Reply To This Comment

Wah masuk list menu bersahur ni

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

thanks for tips nk bg sambal garing tu...baru tau rupanya guna bwg putih je ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...