Tuesday, June 11, 2013

Sindrom Pica

Assalamualaikum
Pagi ni tengok MHI terdengar topik tentang sindrom pica iaitu penyakit orang yang suka makan benda yang bukan makanan.

Ramai yang menganggap wanita hamil suka makan benda pelik sewaktu hamil adalah mengidam tetapi habit tersebut termasuk dalam sindrom pica juga sebenarnya.

Kebanyakan mereka yang menghidap sindrom ni suka makan sabun. Hai laaaa, sedap sangat ke? Tak fikir kesan sampingan? Saya berdoa sangat2 jangan la saya dipesongkan hati dan terkena sindrom ni. Bukan apa, risau kesan sampingan bila kita makan benda yang bukan makanan ni kan? Ada yang makan rokok, kaca, sabun, kertas, dan bermacam lagi. Bukan wanita hamil saja yang suka makan pelik2 tapi lelaki dan wanita yang normal juga ada yang suka makan benda pelik-pelik.

Tadi terdengar panggilan seorang wanita katanya semasa hamil dia suka makan remote tv. Dia gigit sampai habis kecuali besi dalam remote tu. Apa pendapat kalian? Tak berani tak komen lebih, cuma... Fikir-fikirkanlah bersama.

Apa yang penting kita yang jadi hamba Allah ni berfikr secara waras dalam apa juga yang kita nak lakukan. Makanan kita tu jadi darah daging kita untuk kita beribadah sebagai hba kepadaNya. Syaitan tu tak henti2 menyesatkan anak Adam... Wallahua'lam.
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kesian juga bila kena sindrom macam itukan. Kakak dulu tak makan sambal belacan tapi masa mengandung anak sulung suka makan sambal belacan dan sejak itulah kakak pandai dan suka sambal belacan tau dik.

Nasib baik sambal belacan hihi...

Izan Ishak said...Reply To This Comment

mintak2 kita dijauhkan dari tabiat pelik2 cam tu kan. kalau yg mmg boleh mkn tu takpelah jugak. ada yg izan pernah jumpa suka kunyah beras mentah, serbuk kopi...

D_08 said...Reply To This Comment

pelik beno awok nengok deme ni...bende2 yang bukan2 deme gemo... tapi bile udah namenye penyakit...... tapi awok ghase bende ni lebih kepade psikologi deme jugakkkk

kiera'sakura said...Reply To This Comment

itulah. selalu doa mcm tue jugak. moga dijauhkan dari yg bukan2 tue

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...