Friday, June 14, 2013

Tart Nenas Dan Tart Roselle


Assalamualaikum

Salam jumaat semua.
Hurmm penggemar tart dah mula mengganas di dapur. Tekak ni dah meragam nak tart . Makan sambil tengok tv amatlah syok! Makanya, saya buat tart satu adunan malam tadi memandangkan jem nenas dan jem roselle ada stok dalam peti ais tu.



Tu dia... Tart nenas kesukaan saya dah siap. Sejak kecik suka sangat makan tart nenas. Bila besar sikit sampai sekarang susah nak dapat sebab ramai orang jual tart gulung berbanding tart bunga ni. Kali terakhir tempah tart ni 60 sen ngan kawan saya kak ani salim. Sedap... Tapi lepas tu bila dia pindah dah tak dapat dah....

Bersyukur sangat sebab dapat resepi yang memenuhi piawaian tekak saya ni dari blog kakjee. Tq kak jee sebab sudi share resepi. Kalau korang nak cuba resepi tart nenas nyonya ni boleh ke blog kakjee
http://www.dapurkakjee.com/2012/06/tart-nenas-nyonya-lagi.html?m=1

Memandangkan jem roselle aritu ada lagi so LM buat tart roselle juga. Masam manis lebih kurang macam rasberry jugak. Cuma warnanya sedikit gelap dari rasberry. Sedap juga.



Taraaaa tu dia percubaan pertama buat tart roselle. Idea buat tart ni pun datang bila kawan LM doktor zamir komen tentang jem roselle aritu. Dia kata makciknya ada buat tart roselle. Terus LM semangat nak cuba juga. Bagi blogger seangkatan dengan LM pasti masih ingat blogger hebat tu.

Itu lah kelebihan berblog ni, saling bertukar idea dan pendapat . Masuk blog masakan nampak lauk terus buat, selain dapat merasa ia juga menambah kemahiran kita memasak. Masuk blog doktor hafiz baca info kesihatan dapat juga pengetahuan, masuk blog cmg selalu rambang mata tak tau nak masak yang mana dulu menu yang ada buat tekak selalu terliur. Masuk blog shida atau sunah mula berangan nak buat kek karemel tapi sampai sekarang kek saya tak lawa macam mereka:(

Alhamdulillah sejak berblog banyak info yang saya dapat...

www.tips-fb.com

6 comments:

Kakcik said...Reply To This Comment

Dibuka untuk tempahan ke? :)

krole said...Reply To This Comment

seriusly wak...nampak sedap sngat...krole stuju ngan kenyataan tu hihihi..semenjak berblog ni..pergh! kemahiran memasak krole dah bertambah..kre okla...dulu tau masak air,megi je...skngni nasi tomato pon da pndai hihihi~

ieda immi said...Reply To This Comment

aduhaiii sedapnyee mata memandang .. inikan di tekak agaknyee huhuh

D_08 said...Reply To This Comment

ini preparation sebelum raye ni..... tengah warming up kan cik LM?... udah boleh order???

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak ni suka juga mendapat idea tapi nak praktikkan tak terbuat dik. Nampak tart ingat nak raya pulak dah:)

deno said...Reply To This Comment

wahhh.... tiba2 teringat biskut raya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...