Saturday, June 22, 2013

Unik Pengat Pisang Pink

Assalamualaikum...

Keletihan balik dari family day... Huhu. Lepas solat rehat kejap dan terus ke dapur memikirkan menu untuk minum petang. Teringat akan pisang nangka yang sudah ranum . Daripada di biar rosak baik saya jadikan ia pengat.

Memandangkan stok kelapa parut memang ada, hati dengan senang dan gembira nak buat pengat melonjak-lonjak. Dua kali selongkar almari tak jumpa gula kabung@gula melaka aka gula nipah. Err gula merah pun takda.

Dah la sagu mata ikan warna putih takda, LM guna yang warna merah. Gula merah takda pula, kalau pakai gula pasir mesti warnanya pink dan tak sesedap guna gula nipah

Terjumpa gula batu perang terus campak setengah senduk. Erkk!!!



Tu dia!!! Masih pink pengat pisangku. Adoii unik nya pengat pisang LM petang ni! Santan cantik dah pekat. Tapi warna pink?

Mujur la ada insan yang baik hati nak tolong belikan gula melaka. Kesian kot dia tengok LM dah pasrah pengat jadi pink. Selama ni memang selalu je guna sagu biji pink tu sebab sayang nak buang, lagi pun bila dah campur gula melaka dah tak pink sangat pun warnanya. Tapi bila kuah pengat putih memang ketara lah pinknya kuah tu... Hihihi



Tu dia... Siap pun pengat pisang LM. Masih panas lagi. Ermm memang berbaloi kalau buat sendiri. Seperiuk terus boleh dapat sekali buat. Kalau malas habuk pun tarak! Kalau beli boleh je tapi santan cair la, cantan kat pasar yang rasa macam tepung tu la, manis sangat la.. Ha macam-macam masalah kalau beli di samping mahal dan tak sedap kan?

P/s: bulan puasa buat pengat-pengat, bubur-bubur ni berbaloi. Buat seperiuk boleh agih kat jiran sebelah , depan dan belakang.. Hehe
www.tips-fb.com

4 comments:

D_08 said...Reply To This Comment

Pengat pisang pink??? ini pun boleh jadi penarik buat anak2 makan.........

deno said...Reply To This Comment

pink? menarik tu! first time

emmm... pengat pisang! biasa mkn bulan puasa.. hm sedap!

iRul said...Reply To This Comment

campur ubi dengan labu, perhhh.. lagi mengancam.

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

pink lawa kot awak..ayu je nampak pengat pisang awak tu hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...