Thursday, July 11, 2013

Agar-Agar Roti Pelangi

Assalamualaikum

Semalam LM buat agar-agar roti pelangi khas untuk aqilah marsya. Tak plan pun nak buat benda ni sebenarnya, tapi lebihan agar-agar lebih buat puding laici yang LM rasa macam perlu dihabiskan segera maka terus buat benda ni.

Main campak- campak je sebenarnya. Tapi diya dan kak scarlett minta resepi sebab minat nak cuba. Maka LM tepek la resepi campak- campak LM tu ye. Maaf andai tak sedap di tekak korang.

Roti sebelum puasa aritu ada lebih dua keping tu yang LM cernakan dalam resepi ni sekali.



Tu la dia ... Bab mewarna makanan memang LM gagal la ye, maka jangan heran nape rupanya pelik. Haha

Resepi
1/2 bungkus agar2 yang paket 28 gram
(Rebus dengan 1.2 liter air)
1/2 tin susu cair
3/4 cwn gula
2 sudu besar susu manis
Dua keping roti
Satu sudu tepung kastad

Caranya: rebus agar2 hingga larut. Masukkan gula, susu cair dan susu manis. Kisar roti bersama tepung kastad tadi dengan sedikit agar2 yang dah larut tu. tiang semula dalam periuk. Bila dah masak masukkan dalam beberapa mangkuk kecil dan warnakan. Tuang dalam loyang dan biarkan sejuk

Selamat mencuba. Roti lebih tak la membazir kan?
www.tips-fb.com

8 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

Nyum bestnya dari ptg smlm nampak dah tergiur hehe

Husna said...Reply To This Comment

nampak menarik. nak cuba nanti. anak2 mesti suka sbb colouful kan. tq ye

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

kak..dari bacaan mcm senang..ok smangat nak cuba ni ;)
nnt dah cuba ai share jg yer..risau jg bab kaler tu hahaha..kang jadi deepavali acaner ni :P

Salim Harmanain said...Reply To This Comment

boleh suruh mak buat ni hehe

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

sedapnya agar2... saya pun suka agar2.. tapi tak sempat lagi nak buat walaupun tak lama teknik nak buatnya kan...

mimi zakaria said...Reply To This Comment

mcm senang je...tak sabar nih nak buat sendiri..bgtau mak , dia ckp buat la bila time bukak puasa n family bkumpul..tak sabar !!

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

memang mencari2 resepi ni.... hehehee insyallah malam ni nk wt hehehe

D_08 said...Reply To This Comment

noted....... akan awok cube,.....opsss...silap..Mem awok cube nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...