Tuesday, July 16, 2013

Air Pilihan Untuk Berbuka- Bandung Cincau Day-6

Assalamualaikum

Bila petang saja mula budak ni tanya hari ni kita berbuka air apa? Jenuh kepala ni memikir air apa yang boleh di hidang untuk mereka.




Air teh bunga
Air barli
Air oren
Sirap selasih
Air tebu

Memang pening bila fikir air apa yang sesuai untuk budak ni berbuka puasa. Semalam pun dah 7.15 baru terhegeh-hegeh parut cincau untuk buat bandung cincau.

Kalau tekak orang tua boleh la kita hulur teh o suam ke, dah kalau budak kecik sedang kehausan takkan saya tergamak nak bagi air panas pula kan.

Baru nak masuk seminggu dah tak tau nak buat air apa, hari ni pusing semula teh bunga sebab maisarah dah minta pagi tadi minta buatkan teh bunga. Err kalau ikut kan big bos nak beli je air tapi.. Rasa membazir la pulak, dah la airnya belum tentu pakai air bertapis. Risau budak sakit tekak pula nanti. Hurm... Banyak yang saya kena fikir bila budak kecik puasa ni. Kalau boleh tak mau mereka sakit memandangkan sekarang ni panas terik, penyakit mudah merebak.

Ada idea air apa menarik untuk berbuka puasa? Ops lama x buat air katira, tak cukup bahan, tunggu bahan cukup baru boleh buat.
www.tips-fb.com

4 comments:

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

wow.. terliur ni.. gluuuppppp.. (telan air liur.. :P) wahahaha
sedap cincau bandung kan.. sejuk je tekak.. :D

diana said...Reply To This Comment

kat unag saya air oren paling laku..hehe

Cida de' Nuanza said...Reply To This Comment

terharu tgk..huhuhu

D_08 said...Reply To This Comment

awok semalam ayo bandung jugak.... cincau je yang tak jumpe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...