Friday, July 19, 2013

Air Teh Bunga- Penyejuk Badan Di Bulan Puasa

Assalamualaikum

Bulan puasa ni kadang kala pening juga saya memikir air apa la nak buat untuk budak ni berbuka. Kalau air yang sama risau mereka jemu pula. Maka saya suka pusing- pusing air yang ada dalam stok almari ajaib saya seperti teh bunga, barli, milo ais, cincau ops cincau dalam almari ais( peti ais).




Ni pandangan dari atas.. Haaa , nampak tak bungan kekwa berterapung tu?


Air teh bunga ni memang sentiasa ada dalam simpanan rumah ni. Eh bukan air , maksud saya bunga kekwa tu. buat air teh bunga kekwa ni bukan susah pun. Cuma perlu cuci bersih dan tos kan bunga tu. jerang bersama air gula dan boleh dihidang suam atau sejuk.

Maisarah dengan azhad suka sangat air ni. Kalau nak beli tu rasa tak berbaloi sebab bukan susah pun nak membuatnya.

Stok buah longan kering dah habis, kalau tidak boleh la buat air longan. Melayan selera anak ni kadang kala pening juga, terutama bila mereka nak air yang berlainan. Jenuh nak pujuk agar mereka sanggup tunggu turn mereka esok pula.. Ehehe.
www.tips-fb.com

5 comments:

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

nak gi cari air teh bunga petang ni lah.. sebab dok tengah batuk ni.. gamaknya sebab panas dalam kot ye.. :) tq

diana said...Reply To This Comment

saya tak pernah buat sendiri..bunga tu nak beli kat mana??mahal tak??

D_08 said...Reply To This Comment

awok nak tanye sikit le cik LM.... peti ais ajaib tu ade jugak lagi tak??? ateee.... ade je isinye... kekekeke.... awok pun simpan jugak stok... selalu beli kat kedai toko cina je...

||aLeaSaRa|| said...Reply To This Comment

baru je minum untuk berbuka..sedap juga beli kat param.owh tak pernah buat sendiri,nak trylah.senang,kan macam kita nak buat air mata kucing tu he3

selamat bersahur ye ^^

MAT NOR said...Reply To This Comment

puas hati buat sendiri mesti puas minum. selalu beli yang kat pasar malam tapi tak puas minum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...