Wednesday, July 10, 2013

Bila Sahur Dengan Si Kecil

Assalamualaikum

Bagaimana dengan sahur kalian pagi tadi? Hurmm LM rasa kalut pagi tadi. Set alarm 4.30,4.45,5.15,5.30... Haha banyak kali set konon takut tak sedar. Risau kalau LM tak bangun satu rumah tak sahur. Dah rezeki bangun jam 4 pagi. Terus bangun nak siapkan nasi goreng.

Agak kalut juga bila syafiq bangun sama dan marhaban dengan kuatnya. Mujur tak duduk rumah teres, kalau tak benang jiran sebelah kot. Dia ngamuk nak minta bf. bancuh susu bagi dia terus dia campak botol susu, grrr.

Lagi nak puasa aritu dia makin galak menyusu badan. Umur dekat dua tahun tapi mengalahkan baby. Bila di masukkan dalam buai terus dia lena sampai jam 10 pagi.. Haha ... Aman

Dapat la sediakan nasi goreng daging, ayam goreng, telur puyuh dan air horlick untuk sahur tadi.

Adat la kalau ada si kecil memang tak aman nak bangun sahur. Macam puan awin la.. Tahun lepas tiap hari dia sms ucap selamat bersahur jam 5 pagi tapi sekarang ni dah nak imsak baru dia text.. Hehe nampak sangat dia pun kalut sejak ada baby. Apa pun tq adik atas sms kamu sejak tahun lepas.. Terharu.
www.tips-fb.com

9 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

lala jenis tido lewat jd time sahur dia memang tak sibuk nak bangun. x kalut la sangat..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Mmg kalut...huhu..n bila dh pg nk lena skjp pun xblh..sbb dia nk main..

diana said...Reply To This Comment

sya tak de masalah bab tu sebab Mikhail memang jam 4,5 pagisampai jam 11 p[agi dia kan tidur nyenyak..hehe..yang jadi maslaah ialah dirisendiri yang sayang sangt kat bantal nih..ahahha

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

sy xde num akk.cane nk sms akk ni.hehehe

deno said...Reply To This Comment

selamat berpuasa buat kak lydia dan keluarga ;)

Izan Ishak said...Reply To This Comment

izan pun dok kalut sbb terbangun lewat utk sahur tadi. mujurlah sempat walaupun dah hujung2 sangat.

mimi zakaria said...Reply To This Comment

ada anak kalut la kan..nikmat jgk bersahur lauk pauk best , hehe..

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

hahahahahahhaa ooo akak prasan ehh hahahaha

D_08 said...Reply To This Comment

awok setakat ni bersahur dua dengan Mem awok je....... bebudak tu penat sebab ngikut terawih semalam nye..... itu yg deme tak terjage....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...