Saturday, July 20, 2013

Bubur Cha Cha - Semua Ada

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas saya ada buat bubur cha cha. Memperkenalkan makanan tradisional kepada anak- anak ni perlu kreatif. Kalau tak mereka memang tak minat nak makan bubur- bubur ni semua.

Memandangkan di qatar dulu susah nak makan bubur cha cha ni, memang aqilah dari baby membesar di perantauan maka bubur cha cha ni agak asing pada dia. Teruja dia nak makan sebab warna bubur yang sangat menarik ni



Tu dia...

Dia yang gemar carrot ingat kan saya letak carrot , tetapi saya letak keledek oren dalam bubur ni. Bos besar minta letak pisang, dan saya juga letak tepung adunan dari tepung pulut . Agak muai bubur cha cha saya ni.

Tapi , bila ada keledek dan cha cha tu sendiri faham- faham saja lah. Kejap je kuah dah di serap oleh semua tu. kering bila dah masuk isya'

Apa pun, bubur cha cha ni memang muai dan berbaloi di buat jika nak bersedekah. Kalau nak makan sikit tak berbaloi sebab nak kena beli pisang, keledek bagai.. Kos besar tapi makan sikit. Rugi kan?

Err kuih apa untuk kita berbuka petang ni? Saya masih takda idea
www.tips-fb.com

4 comments:

Cida de' Nuanza said...Reply To This Comment

kalo sy x berapa suka keledek n pisang dlm bubur
so, buat caca campur sagu je la... :-)

Mooniqueen said...Reply To This Comment

MQ pn suke bubur ni..dah la cantik

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

kita xmakan bubur chacha nie huhu

D_08 said...Reply To This Comment

ok...antaghe sebab blog mike jadi idola awok...... hikhihkhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...