Thursday, July 18, 2013

Bubur Sum Sum

Assalamualaikum semua

Apa khabar? Maaf keadaan diri tidak mengizinkan untuk menziarahi laman kalian dan entri untuk hari ni pun suam kuku je kan?

Dah jam lima baru lah terfikir nak buat bubur sum sum. Kali ni saya cuba resepi dari lan blog kak yatie. Kebetulan terlihat berwarna warni bubur sum sum kak yatie terus tergerak hati nak buat macam tu juga. Tarik perhatian budak bertiga tu untuk makan sama.



Jika ada yang nak cuba resepi ni boleh ke laman kak yatie http://yatiememories.blogspot.com/2012/08/bubur-som-som.html?m=1

Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa sahabat blogger masakan yang sudi berkongsi resepi dan tips masakan mereka. Lapisan oren tu lambat sangat saya warnakan sebab tu dia dah beku dan agak tak rata. Takpa lah, insyaAllah anak tak komen banyak.

Dah nak berbuka ni, minta diri dulu ye..
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Mesti sedap bubur ni, nampak warnanya pun dah menyelerakan...

Izan Ishak said...Reply To This Comment

dah lama tak makan bubur sum sum ni miza... warna warni pulak tu. terus segar bijik mata ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...