Tuesday, July 30, 2013

Cucur Udang Rangup


Assalamualaikum

Apa khabar semua? Dah siap kan juadah untuk berbuka puasa? LM belum siap lagi. Baru je siap menggoreng cucur udang rangup ni.



Buntu tak tau nak buat kuih apa untuk berbuka hari ini. Akhirnya teringat ada udang kertas dalam peti ajaib( peti sejuk) tu. maka teringin nak buat cucur tang rangup dan garing . Sedap di cicah sos cili kimball.

Bahan yang sedia ada je LM campak dalam tu.

Bahan:
Udang kertas dalam segenggam(buang kepala dan ekornya)
Bawang besar -sebiji
Daun kucai- secekak
Taugeh segenggam- LM takda taugeh
Carrot 1/2 batang diparut
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Garam
Tepung gandum 3 senduk nasi
Putih telur( LM guna putih je lebih buat biskut semalam.. Hehe)

Caranya: aduk semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga semuanya bercantum. Bila dah likat terus panaskn minyak untuk menggoreng. Adunan tak boleh terlalu cair.

Guna senduk dan leperkn ditepi kuali macam buat kuih tumpi tu. simbah dengan minyak ia akan turun ke dalam minyak. Cucur ni memang leper sebab kita nak ia garing dan rangup.

Korang nak tambah jagung pun boleh. Tak kisah la apa pun janji ianya sedap dan berkhasiat.. Kan?

Korang berbuka lauk apa arini?


www.tips-fb.com

6 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah...mcm yg saya terfikir nak buat la... Terfikir ptg tdi..dh tgk LM buat ni nampak menarik n sedap je,sekejab lagi nak bancuh jugalah cucur, tapi cucur bilis jelah, tak ada udang...

deno said...Reply To This Comment

nyum3!! deno suka jugak ni, biasanya abang ipar beli RM1 dua bijik

diana said...Reply To This Comment

hari tu suami saya beli cucur udang..sebijik 50sen..suami ambik 5 tapi kena bayar 3.20..mana mai 20 sen lagi tu??orang jual tu kata 20 sen untuk kuah kacang..lawak dak??/hahhah....

nampak sangt baru belajar berniaga..geram pun ada..

ieda immi said...Reply To This Comment

sedap2 .. semalam akak buat juga ! ;)

Sukma Haron said...Reply To This Comment

sedapnya....dah lama tak makan....

Izan Ishak said...Reply To This Comment

entah kenapa ptg tadi boleh mimpi cucur udang rangup nih. tup2 tgk miza ada tepek resepi kat sini. makanya esok nak buat jugalah... tapi udang plak takde....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...