Wednesday, July 24, 2013

Demam

Assalamualaikum

Apa khabar semua?

Masa berlalu begitu pantas. Rasa macam baru je puasa tapi dah nak raya kan? Hari ni aqilah marsya demam. Tadi masa sahur dia batuk teruk. Dua tiga kali juga dia muntah. Lepas sahur saya bagi dia ubat batuk.

Dia sambung tidur lepas subuh sebab dia ke sekolah pukul 7.45 pagi. Lepas solat saya mengaji kejap. Saya fikir nak check dia kalau demam tak payah la ke sekolah harini. Tak sempat jenguk dia di bilik dia dah bersila depan sejadah dengan berpakaian lengkap uniform sekolah.

Tengok dia dah siap rasa sayang pula nak ponteng kan. Laju- laju saya tarik dia ke dapur dan suap ubat. Harapnya dia dapat bertahan sampai balik sekolah nanti.

Saya:nanti acha balik makan ubat lagi ye
Dia: okey. Tapi acha puasa. Makan ubat je la tak yah minum air kan?
Saya: erk?? Dalam hati saya ...( tadi makan ubat tu dah batal puasa la dik)

Dalam demam gitu pun semangat lagi nak puasa. Dia tak tau la tu makan ubat puasa dia dah batal. Ekeke

Biasanya anak saya bila pertama kali belajar puasa akan akan deman pada 4-5 ramadhan. Sekarang maisarah dah 10 tahun tak bermasalah untuk puasa. Azhad dah 8 tahun pun dah tak berkerenah. Aqilah marsya baru nak masuk lima tahun baru mula nak belajar puasa nampak nya mampu bertahan sampai separuh ramadhan dan tumbang juga demam akhirnya.

Moga cepat sembuh ye sayang. Apa yang saya suka sikap aqilah marsya ni dia tak menangis atau merengek masa puasa. Bila solat pun lantang suaranya baca bacaan dalam solat sampai jiran sebelah boleh dengar tiap bacaannya. Ish macam kat sekolah je gaya solatnya tu.. Haha. Tapi bagus juga dia baca kuat, boleh saya tau apa yang betul dan apa yang silap dalam solat dia kan?

Watak:Aqilah Marsya-5tahun

www.tips-fb.com

3 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

COMEL JE ACHA NIE..
teringat plak masa bersama dnegan dia..rinduuuu

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Kagumnya dgn semangat qila ni. Abg n kakak sek men pun ada yg mmg lembik dan banyak mengeluh di bulan puasa ni. Seronoknya tahu yg qila ni dah pandai solat di usia 5 tahun...

D_08 said...Reply To This Comment

errrr....awok rase...mase awok komen ni.... mesti acha udah sehat kan???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...