Friday, July 19, 2013

Ikan Cencaru Bakar Belah Belakang

Assalamualaikum

Masak apa korang arini?
Saya rasa pening lalat arini, haishh tak aktif rasa diri arini. Ermm... Sebab tak tau nak masak apa yang simple- simple maka saya cuma bakar saja ikan cencaru yang dah siap- siap dibelah belakang masa beli kat pasar semalam.



Dah siap bungkus ngan aluminium foil pun. Bahagian belah tu saya sumbat dengan sambal. Mudah saja penyediaannya versi orang malas macam saya ni.

Bahan sambal:
10 tangkai cili kering*
Sebiji bawang besar*
Dua ulas bawang putih*
Satu inci kunyit*
Sebiji bawang besar yang di hiris
garam
Gula

Caranya:
Tumis hingga garing semua bahan bertanda (*), kemudian masukkan bawang hiris tadi dan rasakan garam dan gulanya.

Masukkan sambal tadi dan bungkus elok- elok dan terus bakar.
www.tips-fb.com

3 comments:

deno said...Reply To This Comment

Amboi sedapnya.....

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Mmg sedap..saya suka, sejak puasa dah dua kali buat...makan bertambah

D_08 said...Reply To This Comment

habeh2 maleh.... awok goreng je..... maklumle... nak nunggu bako tu ...lame.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...