Friday, July 12, 2013

Ikan Talapia Goreng Bawang Cili

Assalamualaikum...

Salam ramadhan, dah tiga hari kita berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah yang Esa.

Ramai yang tanya ada menu simple tak kak LM? Mereka kata tak pandai nak masak benda yang susah- susah. Okey kali ni LM tunjuk menu paling mudah. Ikan goreng yang di curah atasnya tumisan bawang dan cili.



Biasanya ikan talapia walau harganya murah di pasar bila dah jadi lauk di restoran pasti harganya melambung tinggi nak- nak talapia merah.

Ikan talapia ni perlu cuci bersih dengan limau nipis agar baunya tak hanyir. Lepas di basuh beberapa kali tu boleh tak digoreng bersama kunyit, bawang putih dan garam. Goreng garing dan toskan minyak.

Bahan tumis:
Satu biji besar(potong bulat jika suka)
Dua ulas bawang putih( dihiris)
Satu biji bawang besar( dihiris)
Satu biji tomoto (dibelah empat)
1/2 biji capsicum
Garam
Minyak( untuk menumis)
- goreng garing semua bahan tersebut dan campurkan sedikit garam. Curah di atas ikan tadi. Jika mau pedas boleh tambah cili padi siam yang di ketuk sedikit.

Sedap di makan bersama nasi panas

P/s: sekadar berkongsi resepi mudah bagi yang memerlukan.. Tapi bagi yang tak makan ikan darat, tak suka talapia, tak minat lauk goreng..tak payah la komen. Boleh lalu dan pangkah je
www.tips-fb.com

4 comments:

LAMAN JOMRIA said...Reply To This Comment

yummy..yummy.. resepi yang menarik.. boleh masuk master chef..

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

wow.. ni yang tak menahan ni.. sedapnya.... terliur terus.. kalau makan dengan nasi panas2 ni.. memang bertambah kan..

Cida de' Nuanza said...Reply To This Comment

mmg mudahhh...yg pentinggg sodapp...

diana said...Reply To This Comment

resepi mudah tapi nak besiang ikan yang malas tu..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...