Tuesday, July 23, 2013

Kari Ikan Kurau Masin Bersama Terung- Juadah Berbuka Semalam

Assalamualaikum

Semalam sibuk buat kuih tako sampai keletihan. Baru nak ke dapur ada rancangan memasak la pulak, lepak dulu. Haha

Semalam buat kari ikan kurau masin bersama terung. Lama dah tak buat menu ni. Ikan masin kurau yang beli masa gi KK aritu masih ada lagi, tu yang buat tu. lepas raya ni kena minta orang sana pos udang kering dan bilis juga dari sana. Stok dah makin menipis kat umah ni



Tu la dia kari saya semalam. Guna terung panjang tu pun separuh je sebab panjang yang teramat terung tu.

Bila masak bulan puasa ni serba salah jadi nya. Kadang kala menu tu sesuai untuk berbuka tapi bila sahur, nak telan pun payah.

Saya ni susah sangat nak makan masa sahur. Jenis tekak susah nak telan nasi time pagi. Bila tak makan nasi mulalah melepek macam kain buruk, hehehe.
www.tips-fb.com

6 comments:

diana said...Reply To This Comment

saya tak tahu la orang lain cemana tapi tips saya amalkan supaya pagi2 saya lalu makan nasik,bangun2 je jangan kumur2 dulu.ambik air masak dan minum .lepas tu minum air yang manis sikit....

Kakzakie said...Reply To This Comment

kari kena dgn terung memang sedap dik. Kakak pun suka ikan kurau masin tapi kakak biasa masak lemak pedas bubuh belimbing masam sedap juga...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya pun sejak lepas seminggu ni mula tak lalu nak makan sahur. Akibatnya, memang rasa letih bila di sekolah. Jadi nak tak nak sumbat juga makanan bila bangun sahur..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

yelah miza... kekadang tu lauk utk buka agak tak sesuai nak dimakan masa sahur kan.

izan skrg ni pun jarang juga makan nasi masa sahur. ikut tekak... tapi bila teringatkan budak kecik ni nak nenen, paksa juga makan nasi.

D_08 said...Reply To This Comment

Alhamdulillah... setakat ni lauk berbuka kat rumah awok... yang tak habeh kompem akan habeh mase sahur nanti..... jarang membazir tahun ni.... ALhamdulillah,..

deno said...Reply To This Comment

emmm... terlir pula lihat kari ikan akak ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...