Monday, July 15, 2013

Makan Dalam Dulang-Menghidupkan Sunnah


Assalamualaikum...

Makan dalam dulang atau talam? Ermm dulu masa kecik- kecik saya sangat teruja nak ke majlis maulidur rasul semata- mata nak makan dalam talam. Sekarang ni susah nak dapat makan dalam talam walau majlis maulid sekali pun.



Dah lama kami tak makan dalam talam. Semalam kami mula makan dalam talam semula. Sunnah nabi... Bagus kita amalkan makan bersama- sama macam ni. Dulu di Qatar hampir tiap hari makan begini kecuali menu bubur dan sup- sup.

Sahur tadi pun macam tu juga. Saya letak dalam talam dan tak sangka si kecil tu bukan main selera makan walau pagi- pagi buta.

Saya dah tau dah petua nak suruh budak- budak ni berselera, letak dalam talam, makan sama- sama. Laju la mereka makan. Azhad pun nampak selera pagi tadi, syukur lah.

Err nak cari plastik balut dulang tapi masih tak jumpa. Dulu kat qatar senang je jumpa plastik besar ni. Kat sini susah pula nak jumpa.

www.tips-fb.com

7 comments:

diana said...Reply To This Comment

ha ah la..saya pun dah lama tak makan gini..sejak kawen tak pernah dah..

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

saya pernah makan dalam dulang dulu dengan kawan2 masa darjah 6.. sekarang ni dah xde buat. makan sepinggan dengan asben biasa la.. hahaha

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Macam mana ni? semua bersila kat lantai ke? Menarik nampaknya, syok kalau ada dulang besar ...LM mesti byk koleksi dulang tu...

Cida de' Nuanza said...Reply To This Comment

sunah yg semakin di lupakan

Ahmad Zaki said...Reply To This Comment

Assalamualaikum....

Saya mula 'berpengalaman' makan menggunakan dulang atau 'makan berdulang' ni semasa bulan puasa tahun 2011 di Masjid Kampung Hulu, Melaka. Pihak masjid buat jamuan berbuka puasa dan jamuan selepas solat taraweh.Satu dulang makan empat orang. Tahun ini masih diteruskan tradisi 'makan berdulang'. Kali ini sesi makan berdulang dah ambil gambar tapi belum buat lagi artikel mengenainya...

Namun untuk keselamatan, pilihlah 'partner' yang nampak sihat dan pembersih orangnya.., manalah tahu kalau main serbu saja tak tengok siapa orangnya, silap2 dapat 'teman sedulang' yang ada penyakit batuk kering atau lain2 penyakit berjangkit.., kan menyusahkan diri...


*p/s:saya makan dalam masjid :-)

*-*-*-*-*-*-*

Makan durian di Masjid Kampung Hulu,Melaka

Doktor FB - Software Power Letupkan Jualan Dengan Pantas!

D_08 said...Reply To This Comment

alahaiii...udah lame awok tak buat..... masjid tempat awok ni pun sume makan berhidang..... pinggan masing2...... rasenye last dulu...awok buat zaman2 belajo rasenye....... terkecuali makan nasi ambeng....

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

rara penah mkn skali je dulu masa blajar.now mmg langsung xpenah.hmm teringinnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...