Sunday, July 14, 2013

Mendidik Anak Berpuasa

Assalamualaikum semua




Ni gambar aqilah di petang hari pada puasa ke tiga kalau tak silap saya. Hurmm dengan usianya menghampiri ke lima tahun saya rasa inilah masa yang sesuai untuk saya melatih dia berpuasa.

Berlainan dengan maisarah dan azhad dulu, saya latih mereka pada permulaan puasa dengan setengah hari puasa tapi qila ni saya terus latih puasa sampai ke petang terus. Memang pada mulanya rasa sangat kesian tapi saya tengok dia masih kuat membebel kira dia masih okey la kot?

Masalah 'besar' nya cuma bila nak suap adlan syafiq makan, mulalah air mata dia berlinang je. Bila syafiq menyusu pun dia mula minta botol juga. Bila saya kata dia puasa tak boleh isap susu dia diam je.

Bila mula masak dia tanya bila boleh makan. Haishh memang kena banyak sabar la jawab soalan dia berpuluh kali tanya pasal makan. Bila mereka bertiga puasa saya suka ke tak ke kena masak juga juadah berbuka dengan gembira samada lauk pauk dan kuih muih sendiri sebab nak pastikan apa yang mereka makan bersih dan terjamin khasiatnya. Risau kalau beli nanti makanan tercemar lalat sakit perut terus tak boleh puasa keesokan harinya malaikat kecil saya tu nanti.

Tengok anak- anak kecil ni berbuka puasa dengan penuh keterujaan menghadap hidangan air tangan ummi memang rasa sangat gembira...

Masa berbuka dan bersahur saya akan pastikan mereka minum secukupnya dan makan dengan hidangan yang mencukupi agar mereka bertenaga sepanjang hari. Air teh dan kopi memang takda sepanjang ramadhan ni. Horlick dan milo adalah air wajib selain susu dan jus untuk mereka.

Err hari ni pening lagi nak masak apa pun tak tau.. Huhuhu, belum seminggu dah pening. Haiya.

Korang ada tips atau masalah dalam melatih anak berpuasa. Meh share kat sini.
www.tips-fb.com

5 comments:

rinduan citarasa said...Reply To This Comment

aasalam. Pernah bc kat page ustaz ttg anak2 berpuasa. JAngan paksa anak yang belum berusia 8tahun. tapi paksa dalam menjaga solat wajib 5waktu.

k.Ayu mmg hadapi mslh dgn Umai juga. Tapi k.Ayu minta dia tahan smpai tngahari. azan berkumandang (time k.Ayu balik dr masak menu di bazar);waktu tulah kak suruh umai buka.

mungkin kak tak berjaya sbb kak kurang dikedai. Umai hanya berjaya puasa penuh masa 1Ramadhan sahaja..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Aqilah ni sahur sama dgn LM ke? Saya dgr kwn2 lain yg ada ank sebaya ni bg ank bersahur awal pg.. Bkn ms kita sahur.

eiela said...Reply To This Comment

kesiannya tengok adik tuh, dugaan puasa. sabar ye

azian said...Reply To This Comment

Muaz 6athun...puasa sekerattttttt hr...tu pun kdg2 7.30 pagi mintak nasikkkkk.....hihihi

D_08 said...Reply To This Comment

alahai kesiannye...... awok anak daghe awok ni awok tak pakse berpose..... tapi dapat sekerat haghi pun kighe ok dah pade awok.... tapi awok pakse bab solat........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...