Monday, July 8, 2013

Misteri

Assalamualaikum

Salam isnin buat semua.

Hurmm... Misteri? Ye la misteri dan masih jadi pertanyaan dalam kotak fikiran saya. Terdengar laungan azan mata terus segar. Kaki melangkah ke dapur walau hati rasa pelik kenapa lampu bilik air menyala. Sampai dapur saya tengok tong sampah terbalik dan isi nya berteraburan di ruang dapur.

Saya cuma memerhati dengan hati yang ternyanya- tanya... Siapa yang selongkar tong sampah dapur tu sedangkan bos besar yang paling akhir di dapur malam tadi. Dua tiga minit selepas saya tinggalkan dapur dia pun masuk ke bilik untuk tidur.

Masa kami masuk tidur semuanya okey. Kucing ? Mustahil kucing jiran boleh masuk sebab pintu terkunci rapat.

Bukan sekali dua kejadian ni berlaku. Pernah beberapa kali jika ada lauk lebihan dari makan malam memang saya perasan hanya tinggal tulang saja bawah tudung saji tu. lauk dan kuahnya licin tak bersisa. Aneh nya benda yang berlaku ni. Walau tak kerap tapi saya tetap memikirkannya sebab agak misteri kejadian ni.

Kalau nak kata kucing yang makan lauk bawah tudung saji tu lagi la tak logik sebab mana ada kucing makan lauk tanpa seret keluar dari pinggan. Dapat ikan atau ayam pasti mereka angkut keluar dari pinggan tu. dah la kejadian tu berlaku time malam. Pintu tinggap berkunci pula tu

Siapa yang selongkar tong sampah? Siapa yang makan lebihan lauk kami? Haishh tak cukup panjang akal saya nak fikir benda ni semua. Kena buang sampah terutama yang ada sisa makanan sebelum tidur nampaknya lepas ni. Maklum la... Bila dah pakai baju tidur konon malas nak tukar baju nak buang sampah kat luar, tapi kes lain pula yang jadi. Hurmm
www.tips-fb.com

8 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Dik.. tak kan nak biarkan macam tu aje. Mesti ada yg melakukannya. Kalau ianya jin/syaitan tak boleh dgn cara begitu. Kena cari mereka yg arif utk membantu ni dik...

Takutlah kakak..

edayu nurdin said...Reply To This Comment

Hish..seram plak bca..ayu pon trtnye2..hehe..misteri btol.

ieda immi said...Reply To This Comment

hurmmmmmmmmmmm

pelikkkkkkkkkk

misteri ..........

aduhaiiii ..... x suke gak nak fikir yg x elok2 kan ..

soo cuba lepas niee jgn biarkan ada sisa2 makanan dlm tong tuu
tgk kena selongkar lagi tak

diana said...Reply To This Comment

menyeramkan...jeng jeng jeng...:)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

nanti update pasal ni ye, kalau ada LM usahakan apapa...

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

siapa ye awak..misteri nie...takut plak bila fikir2kan..

Cik Cammy Lia said...Reply To This Comment

seram plak kite bace entry sis ni..

D_08 said...Reply To This Comment

errmmmmmm....misteriiiii...... terai tengok bulan puase ni... jadi lagi ke idak....tapi awok syak cik TI ni.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...