Thursday, July 25, 2013

Patin Masak Tempoyak


Assalamualaikum semua...

Dah banyak hari nak masak lauk ni, tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah hari ni menggagahkan diri masak lauk ni kejap. Syafiq dan aqilah deman kuat, satu apa pun tak boleh buat. Syafiq asik nak berdukung je. Kepala mereka perlu sering di basahkan.



Bahagian kepala... Ni saya punya, hehe

Sebenarnya saya mula jatuh hati dengan masakan ni masa saya belajar di uitm jengka dulu. Hampir setiap hari makan lauk ni sampai makcik cafe pun pelik kenapa saya tak jemu- jemu.

Jom saya kongsikan resepi masakan ni mengikut versi saya .. Kalau yang pakar tu lagi best dorang masak. Ni versi saya mengikut kesedapan piawaian tekak saya.

Tiga ketul ikan patin( cuci bersih dan rendam dengan limau nipis)
Asam keping- sekeping
Kunyit hidup-1/2 inci
Cili api-5-7 biji
Garam
Tempoyak- 2-3 sudu
Air secukupnya
Daun kesum

Caranya: tumbuk cili api dan kunyit. Jerang bersama air tadi. Masukkan tempoyak, asam keping dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan tadi. Biar mereneh. Rasakan garamnya. Kemudian masukkan daun kesom.

Jika nak pekat jangan letak banyak sangat air.

Tahap kemasaman bergantung kepada tempoyak tadi. Jika kurang masam boleh tambah lagi asam keping. Selamat mencuba.

www.tips-fb.com

7 comments:

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

teringat waktu pegnen fiyya tahun lepas.. teringin patin tempoyak termeloh.. semata2 nak makan patin weOls lunch kat R&R termeloh.. lepas tu balik semula ke rumah sini.. jauh tul dari KL gi makan nasi tengah hari kan.. penangan ibu mengidam katakan..

Yan Ty said...Reply To This Comment

Hurm, tak pernah makan ikan patin apatah lagi masak tempoyak. Kadang2 teringin tapi ntahla..xberani nak cuba. Hehe

Izan Ishak said...Reply To This Comment

sampai skrg blm pernah lagi makan patin masak tempoyak ni.

ooohh.. miza dulu kat uitm jengka ye. patutlah dah biasa makan. izan pulak dulu2 drp tak reti mkn ikan keli jadi suka pulak.

ieda immi said...Reply To This Comment

huhuhu x makan dan x pernah rasa pun .. tgk aje huhu

diana said...Reply To This Comment

saya pun masak macam ni..masa saya pegi N9 ada sorang budak tu masak tempoyak ni dia tumis bahan2 tu..berminyak punya la tak sedap..tak boleh nak telan bila tempoyak yang masam2 manis tu bercampur dengan minyak

D_08 said...Reply To This Comment

aseikan name nye tempoyak... Insyallah awok makan.... kesian pade oghang yang tak lalu nak makan tempoyak...dan ikan darat macam ikan patin ni...

deno said...Reply To This Comment

deno tak berapa makan ikan patin.. heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...