Wednesday, July 17, 2013

Pertama Kali Buat Ayam Goreng Gaya Mamak


Assalamualaikum

Hari ni memang idea tak muncul. Tak tau nak masak apa untuk juadah berbuka puasa. Kebetulan masih ada sikit asam pedas semalam maka saya rasa baik saya goreng saja ayam yang ada. Akhirnya teringin nak cuba buat ayam goreng style mamak yang jadi kegemaran budak- budak di rumah ni.



Tu dia ayam goreng saya.

Mudah saja rupanya cara nak buat ayam goreng ni. Tapi saya ada tambah sikit bahan yang takda agar lebih harum bau ayam ni nanti.

Bahannya
Ayam di potong ikut suka

4 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar teping jagung
Garam secukup rasa
2 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
Sebiji Telur
Air secukupnya

Gaul semua bahan bersama ayam. Perap 30 minit atau lebih lama. Goreng dengan minyak yang banyak. Pastikan api sederhana saja agar ayam masak sekata.

Selamat mencuba. LM teruja lihat hasilnya. Mana tau ia menepati citarasa korang. Boleh tambah cili jika korang mahu lebih pedas




www.tips-fb.com

5 comments:

Cida de' Nuanza said...Reply To This Comment

sodappp ehhh..mesti kruk..krukk..kan.. rangup je nampak

diana said...Reply To This Comment

saya suka ratah je ayam gini..makan dengan nasik tak best..

D_08 said...Reply To This Comment

ok..... gambo ayam ni kalo ditengok mase pukoi 12 kebawah akan mengundang gundah gulana pade yang tak tahan.... yang tahan pulak... jeling hujung mate je...... awok kalo ke kedai mamak... sengaje order ayam goreng.... kasik potong....... ratah......

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

sedap nya kalau makan dengan nasi panas2 nie..terutama ada keropok banyak la..krup2 je time makan tu

Izan Ishak said...Reply To This Comment

menariknya miza! perasan kalau ayam grg mamak mesti kaler tepungnya merah kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...