Sunday, July 21, 2013

Pisau Terbalik

Assalamualaikum
Apa khabar semua?

Saya baru siap masak, tak la siap semuanya cuma goreng mihun je tadi. Siap goreng mengemas daging, cuci ayam dan potong limpa lembu yang bos besar beli tadi. Mudah nak masak esok lusa bila dah packing elok- elok dalam peti sejuk.

Entah kenapa hari ni terasa sangat letih badan. Tekak rasa sangat kering dan kepala pening teramat. Hari ni pula kebetulan giliran rumah kami untuk bawa makanan moreh ke masjid. Tengah hari tadi baru saya putuskan untuk buat mihun goreng saja memandang kan saya tak larat berdiri lama nak buat kuih. Orang tua - tua mana makan sangat kek- kek ni, kalau makan boleh la buat kek marble atau carrot cake ke. Tak perlu gentel2 kukus2. Tapi sebab tak larat mihun je la..

Sebab ada daging maka saya rencah kan daging, ayam dan juga fish ball dan fish cake. Banyak benda nak potong maka saya minta maisarah bantu. Ops ini kali pertama dia bantu saya di dapur berkaitan penggunaan pisau. Terpaksa laaaa kalau tak memang saya tak bagi dia pegang pisau.

Pada awalnya saya tengok dia okey je potong fish ball, minta hiris daging dan bila saya bangun menumis tengok-tengok dia guna pisau terbalik untuk hiris ayam. Putus pula tu...

Geleng kepala ayah nya tengok anak dara sunti dia guna pisau terbalik. Dia kata tak perasan, rasa macam sama je. Hehehe

Tu la dia, anak sekarang. Silap saya juga tak pernah suruh kerana tak mau dia terluka kena pisau. Saya dulu sembilan tahun dah ke kedai beli ikan. Dah pandai siang ikan walau baik hancur ikan tu saya kerja kan. Tapi, kalau tak buat bila nak pandai kan?

Kalau tak belajar sampai tua la tak reti potong ayam. Bukan semua tempat ada ayam dah berpotong. Kalau dapat ayam sekoq tak kan ko nak bbg campak dalam oven. Hehehe

Apa pun tq atas bantuan maisarah kerana tolong hiris rencah untuk mihun tadi. Tq juga buat bos besar sebab tolong gaul mihun yang sedia maklum sangat berat sekuali besar tu...
www.tips-fb.com

5 comments:

hana hadi said...Reply To This Comment

hehe xpa2 dah ada keinginan untk ke dapur dah tu

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

awak kita xpandai potong ayam la.huhuu...

Yan Ty said...Reply To This Comment

Ok bab persiang semua memang tak expert walaupun Ty tak la yang suka duk di dapur tapi still tahu pisau mana yang tajam tu memotong bila mummy/daddy minta tolong. Tapi lucu la.

pena rozie said...Reply To This Comment

Rozie pun blm ajar lg walau pun dah 5 thn.....

D_08 said...Reply To This Comment

takpe.... at least dia nak jugak tolong mak nye kat dapur....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...