Tuesday, July 16, 2013

Puding Roti Strawberry Filling Walnut Berkastard


Assalamualaikum

Roti wholemeal yang saya beli aritu ada dalam 10 keping tak terusik. Dari membazir baik saya jadikan ia sesuatu makanan.

Nak godek resepi tak kesampaian bila tenet takda agak lama tadi sebab hujan ribut. Maka nak cari resepi memang tak dapat la. Jadi nya terhasil la puding roti versi hantam saja la... Segala apa saya nak letak saya letak.



Tu dia puding roti saya. Walau sememeh tapi sedap tau. Sedap di makan time sejuk semestinya.

Roti tu saya potong dua dan sapu kan butter. Susun dalam loyang. Tiap lapisan saya picitkan sedikit strawberry filling. Saya rendam roti tersebut dalam 30 minit dengan dua gelas susu full cream. Kalau korang nak pakai susu cair boleh je.

Dua biji telur
Tiga susu gula
1 sudu teh Esen vanila
Dua sudu besar butter
Tepung kastard dua sudu besar

Kacau rata semua bahan ni dan siram atas roti tadi. Kemudian saya tabur dengan walnut cincang. Saya bakar 180 degree selama 35 minit.

Sos kastard:
Empat sudu gula
Dua sudu tepung kastard
11/2 gelas susu full cream( boleh guna susu cair)
Masak semua bahan ni sampai agak pekat. Curah atas puding tadi. Boleh juga siram sos coklat jika suka sebagai penambah rasa

Aduhaiii mujur la jadik puding roti main taram saya ni. Kalau tak jadi, naya! Haha





www.tips-fb.com

8 comments:

ary_lee said...Reply To This Comment

gulp!
Dah berbuka pun still nampak berselera..
urrmmmmmmmm...
telan air liur sendiri,,.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

kreatif tul LM ni... Nampak menyelerakan ni...

diana said...Reply To This Comment

sedapnya..saya suka puding2 ni..tapi suami saya tak suka kuih2 yang sejuk ni..dia suka yang panas2 je..sebab tu kadang2 aya malas nak masak benda2 gini..sorang2 makan mana best..kan./.

Izan Ishak said...Reply To This Comment

ini sangat sedap! kalau izan buat main hentam je entah apa jadinya miza.

laskar pelangi said...Reply To This Comment

haruslah terliur..hehehe :))

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

hah jadi ponnn hehe

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

telan air liur walau xpernah makan puding roti berkastad...awak main campak2 hentam pun jadi kan

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

jadi tak kak puding roti?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...