Monday, July 29, 2013

Resepi Biskut Arab


Assalamualaikum

Biskut arab ni biskut lama. Arwah nenek rajin buat biskut ni dulu. Zaman sekarang ni orang dah pelbagai kan resepi biskut arab ni. Ada yang letak susu tepung, campir badam kisar dan bermacam resepi baru muncul.



Ni biskut arab yang saya buat ... Ikut resepi lama... Buat dua adunan je. Biskut arab antara biskut kegemaran saya selain makmur. Aha... Asal ada minyak sapi siyes saya tak berganjak. Memang sangat suka.

Resepinya
500 gram tepung gandum
250 gram minyak sapi
200 gran gula kastor

Aduk semuanya dan bulat- bulat kan. Letak ceri dan bakar 180 degree selama 12 minit.
Jika lembik tambah tepung sikit lagi. Tapi jangan banyak sangat sebab biskut ni tak sedap jika keras sangat.

Sambil buat biskut ni terkenang arwah nenek. Al fatihah buat arwah nenek ku, moga tenang di sana.

www.tips-fb.com

7 comments:

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Macam biskut suji ke?

Kakzakie said...Reply To This Comment

Ini style kakak buat tak sukat-sukat ikut sedap tangan menguli ok terap:)

deno said...Reply To This Comment

biskut arab? first time dgr :)

Lydia Miza said...Reply To This Comment

Macam tp bukan. Ni x pki tepung suji. Biskut suji xde ceri dan warna dia kuning

Lydia Miza said...Reply To This Comment

Adik pun gitu kak. Tp sukat ni sbb nk share ngan kwn2

Lydia Miza said...Reply To This Comment

Haaa ni dah dgr kan? Kat negara arab dorang hias ngan pistachio

eiela said...Reply To This Comment

suka biskut arab tapi tak pernah buat sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...