Wednesday, July 24, 2013

Resepi Biskut Dahlia Susu

Assalamualaikum

Semalam semak kalendar. Saya mencongak bila raya dan bila saya nak mula buat kuih raya. Sekali silap kira...

Pada percaturan saya, ingat kan nak buat biskut raya minggu depan. Rupanya hujung minggu depan dah tiba masa untuk balik raya. Erk???

Panik sebentar. Maisarah ajak buat biskut esok pagi sebab dia takda kafa esok pagi. Tapi sebab syafiq tak meragam sangat tadi, saya bancuh empat adunan biskut dahlia susu ni.



Banyak la dapat nya bila buat empat adunan. Rumah ni buat dua adunan tahan dua hari je.. Harapnya tahan la sampai raya.. Huhu




Yang ini versi coklat cip la pula. Bukan apa.. Sebab tak shopping barang kuih lagi makanya ceri tak cukup sebab saya guna stok yang ada je. Maka daripada tak berhias, baik saya letak coklat cip saja.

Resepinya mudah saja biskut ni
250 butter
250 susu manis
460 tepung jagung
Ceri untuk hiasan

Caranya:
Kacau rata butter dan susu manis dengan senduk. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata. Tekan dengan acuan dan hias dengan ceri. Bakar 150 degree selama 12 minit.
www.tips-fb.com

7 comments:

krole said...Reply To This Comment

hmm...menarik ni...insyaAllah ada masa nak cube..thanks share wak~

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Sedap, ni antara kuih yg saya order tahun ni.. Nak buat sdiri malas.. LM juga lah yg rajin.. Syokla anak anak makan tu..

diana said...Reply To This Comment

mudah tapi malas..ekekke

Izan Ishak said...Reply To This Comment

ringkas je bahan2nya... izan pun nak try buat jugalah nanti. tu pun kalau zayyan ni tak meragam.

D_08 said...Reply To This Comment

cik LM ... kuih ni bukan oghang panggei Semperit ke??

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Samprit bg sy yg mcm papan tu, yg ni dahlia kan dik?? :D


API tu atas bwh Ye dik :-*

deno said...Reply To This Comment

ya allah... biskut dahlia...! zaman deno budak2 dulu, mak selalu buat biskut dahlia ni bila raya... skrg dah tak buat sbb kakak beli je... huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...