Monday, July 15, 2013

Resepi Tepung Gomak

Assalamualaikum semua

Maaf lama tak up entri, kesibukan melanda diri. Kerja tak pernah habis sampai tenaga habis pun masih banyak kerja yang tertunggak.

Alkisah... Lama dah saya teringin nak makan kuih tepung gomak ni. Kuih lama, memang susah nak cari. Merata saya terjah ke pasar malam tetap tak jumpa. Bulan puasa lagi la saya tak keluar, maka saya dengan segala kemalasan yang menggunung terpaksa juga buat sendiri kuih ni.



Tu di kuih saya.. Tak lawa tapi sedap di tekak saya. Pertama kali buat kuih ni memang berpeluh juga. Mencabar la jugak hingga dua tiga bijik masuk dalam tong sampah sebab tak reti nak masukkan inti asik pecah je tepung tu.

Akhirnya, ni saya bagi tips kepada kawan yang tak pernah buat macam saya ye, yang dah biasa buat mungkin tak heran dah.. Haha. Masa korang nak masukkan inti dalam tepung tu bulat- bulat kan dulu inti kelapa tu. ops resepi ni saya guna inti kelapa ye sebab saya sangatlah tak suka inti kacang.

Sebelum pegang tepung tu minyakkan kedua belah tangan korang. Bila tangan dah berminyak baru mudah kerja korang nanti. Siap satu terus je rebus dalam air yabg siap sedia dah panas tu ye macam kita buat kuih buah melaka tu. Pinky momma minta resepi, ni saya serta kan buat adik diya tomey ni ye.

Jom check resepi:
Inti
Sebiji kelapa parut( kelapa inti)
200 gram gula melaka
1/2 cawan gula pasir
Satu sudu tepung gandum
Satu sudu Susu manis
Sedikit air
Secubit garam
Daun pandan -sehelai

Caranya: masak gula melaka dan gula pasir dengan air hingga cair. Tapis dan masukkan dalam kelapa, masukkan susu dan tepung gandum. Masak hingga elok masaknya inti tadi.

Bulat2 kan inti supaya mudah dimasukkan dalam tepung

Tepung:
Tepung pulut
Air
Sedikit garam
Caranya: uli tepung dengan semua bahan lain hingga elok menjadi doh seperti adunan kuih buah melaka. Bulat kan dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit . Terus rebus dalam air panas hingga ia timbul. Tos kan dalam tapis dan terus salut dengan tepung kacang hijau. Saya guna tepung kacang hijau yang beli di kedai saja.

Selamat mencuba...


www.tips-fb.com

10 comments:

PinKy MoMMa said...Reply To This Comment

macam nak buat buah melaka gitu kan kak caranyer..cuma kena salut ngan tepung kacau hijau..ok mak yong gigih nak cuba ni!

husband dah bg hint huwaaaa
mekasih kak LM baik hati ;)

Masya said...Reply To This Comment

ada jual siap² serbuk kacang hijau tu .. lama teringin tau .. ssh nak cr, nak buat pikir²kan pyh nakk jumpe serbuk tepung kacang hijau tu.. sdhnya tak buat² huhuhu...

Nieda ramly said...Reply To This Comment

akak pun suka kuih ni...inti mesti kelapa juga baru kena dgn tekak

D_08 said...Reply To This Comment

oooo.... ini ke rupenye tepung gomak..... awok ingatkan P.Ramlee saje2 je nyebut nye.... maklumle kuih yang tak beghape glemer....... naseb baek le cik LM post kat sini.... takde le awok tak tauuu

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

saya suka makan kuih ni... sedap.. rasa harum tepung kacang hijau tu yg best.. :) nak buatnye senang je pun.. tapi malas je lebih.. hahaha sabor je ler.. bak mai sikit.. :P

JunAina said...Reply To This Comment

Perut saya berbunyi riang. Aduuuhhhh... Memang susah nak carik kuih ni zaman sekarang, kalau ada pun setakat boleh makan jelah sedapnya tidak.

Kita terus print resepi. Hari minggu boleh rajinkan diri buat dan makan sakan2.

deno said...Reply To This Comment

rajin akak buat.. deno kalau nak, beli kat bazar.. hihik^^

diana said...Reply To This Comment

saya tak pernah mkan pun kuih nih..nampak senang je buatnya..kan?/

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Nama tepung gomok tp kalau di kelantan rupanya lain sikit. Bahan saya tak pastilah sebab tak penah buat. Macam2 la yg LM pandai buat, tajin betul..

Atsuko Ichirou said...Reply To This Comment

suke sgt mkn kuih ni.. tapi tak taw ape nme die.. nape name die tepung gomak ek? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...