Wednesday, July 17, 2013

Sambal Bilis Jering- Menu Bilis Laku Bulan Puasa Ni

Assalamualaikum..

Hari tu saya buat sambal bilis yang halus tu campur jering sket. Laku pula sambal ni. Qila pun suka sambal bilis kering rupanya.



Apa yang saya perasan menu bilis laku di bulan puasa ni terutama masa sahur.

Bab jering tu pula, hehe lama dah mencari jering. Bila jumpa tu terus la buat sambal sikit sebab dah lama tak makan menu ni.

Sebut pasal bilis, masak apa pun sedap. Buat sambal makan dengan pulut kuning pun sedap. Nyum3.

Sambal bilis jering ni mudah je saya buat. Saya goreng bilis halus tu sampai garing. Jering yang di hiris nipis pun saya goreng sebentar.

Bahan untuk di tumis cuma cili kering 6-7 tangkai, bawang merah 6 biji dan bawang putih 2 ulas. Kisar kasar dan goreng hingga garing sebelum masukkan bilis dan jering tadi. Rasakan garam dan gulanya. Saya tak letak asam jawa untuk sambal ni.

www.tips-fb.com

8 comments:

~ yus ~ said...Reply To This Comment

waktu sahur mmg yang simple2 lebih menyelerakan

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

wow.. sambal bilis kecik2.. sedap ni.. kalau makan dengan roti pun sedap gak.. kan kan..

Cida de' Nuanza said...Reply To This Comment

mmg sedap ni..rasa pedas2 manis... wat sahur pun ok..

D_08 said...Reply To This Comment

betoiiiii...... dapat dengan nasik paneh...perghhhhhh...... kene pulak awok tak berkighe bab makan...

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

sedapppp kakk sambal bilis..favourite saya. hehe

diana said...Reply To This Comment

kalau sahur saya pun suka bilis..nasik panas2 makan dengan bilis memang selera terbuka la..

pena rozie said...Reply To This Comment

Same la kite cuma tukar dengan petai. Sedap.....

Izan Ishak said...Reply To This Comment

terliur plak izan tgk sambal bilis miza ni.

kat rumah mertua ada pokok jering. tapi kami semua tak makan pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...