Tuesday, July 30, 2013

Semua Nak Baru?


Assalamualaikum

Hai... Berkobar- kobar nak raya?

Orang perempuan ni biasanya persiapan raya dia lebih rapi dari kaum adam. Dari pakaian sampai ke kuih raya, alas meja, langsir, balang kuih pun nak baru.

Ops, bekas kuih saya memang beli baru tapi sebelum puasa awal- awal dah beli sebab tupperware buat offer aritu.. Hihi. Motif? Sebab yang dulu punya dah pecah dua bijik, itu pun beli masa duk qatar dulu.

Kasut nak baru... Ha, baik korang ngaku. Betul tak? Tapi saya tak beli kasut lagi. Dah banyak tahun tak beli kasut rasa sebab biasanya kasut dah beli beberapa bulan sebelum raya dan masih elok.

Niat di hati memang nak beli yang sesuai dengan jubah tapi harganya rm288. Aduhh terasa gak harganya tu.Saya pendam dulu keinginan tu. Lalu kat BATA ada yang iras tu tapi BATA la pulak. Tahan ke nanti? Risau tak sampai setahun pakai dah rosak. Tu yang saya tak jadi beli kasut lagi tu.saya ni pakai kasut bertahun- tahun. Tak suka nak beli jap pastu buang.

Kadang- kadang nak gelak dengan perangai wanita bila nak raya. Bunga pun nak tukar baru. Nak raya baru nak cat rumah, kalau tak rayabiar je dinding tu kusam dan cat terkopek sopak sana sini( jika cat minyak)

Handbag pun nak baru... Haha, aritu masa beli kasut maisarah tengok kaum hawa macam tangkap ikan pilih handbag ada potongan 50%. Pada saya okey kot kalau handbag tu takat dua tiga ratus nak tukar time raya. Kalau dua tiga ribu nak beli tiap tahun mau botak laki engko. Maka saya pendam dulu niat nak handbag sebab yang ada pun masih tak luak. Elok je keadannnya walau dah tiga empat tahun beli. Encik hubby kata beli kat obersi je la.. Murah!

Haaa apa lagi nak beli untuk raya? Semua nak baru kan? Kereta baru? Haha ramai tukar kereta time nak raya . Adakah sebab keperluan atau.... Nak melaram tunjuk kat sedara mara? Tepuk dada tanya iman!



Ops... Jumaat lepas saya beli cover untuk iphone. Haha... Dapat gak yang baru. Lalalala. Murah je pun.. Nasi arab pun tak dapat dengan harga tu. Saya punya dah rosak sejak feb lepas belum berganti. Pecah sana sini. Makanya aritu gi kl merempit sambar la sorang satu. Si dia warna coklat saya punya purple.

Apa pun niat kita ... Raya tu rayalah juga. Tapi ikut kemampuan. Jangan nanti lepas raya ikat perut sebab duit menipis dalam poket tu. jika mampu takpa lah. Jangan baru seminggu raya dan sms adik beradik dan sahabat handai nak pinjam duit. Ada yang nak kena 'sembur' la time tu nanti kan?

Berbelanja bijak ikut keperluan. Ikut kemampuan. Tak mampu beli je la yang mampu kita pakai. Jangan mengharap pujian sedangkan hati penuh riak. Pahala entah ke mana dapat dosa dan hutang keliling pinggang nanti.

Lelaki ke wanita ke ada je yang perangai gini. Jika pasangan ada yang taksub berbelanja nasihat kan lah agar kita tak kecewa memendam rasa.. Setuju?

www.tips-fb.com

4 comments:

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

hihihi.. dalam perancangan nak beli ni gak.. cover set baru..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau kakak rumah semuanya maintain yg lama termasuklah langsir/bunga/kusyen bagi tu tak ada yg baru dik.

Tapi baju/kasut/kuih adalah juga yg baru...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya rasanya tahun ni tudung jelqh yg baru.. Baju utk anak2 ada yg baru tapi utk maknya tak sempat beli lagi setakat ni..

Sindrom nak barang wajib baru ni rasanya mmg ramai orang perempuan ada. Ada yg dh 40an yg saya kenal pun mcm tu. Kelakar juga tgk, mcm budak2 nak beraya je.

deno said...Reply To This Comment

emmm... biasanya mcm tu la.. semua nak baru.. hihi..

deno... em baju raya belum beli lagi.. tak jumpa yg sesuai sbb deno saiz kecik, saiz kanak2.. susah nak jumpa yg berkenan di hati.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...