Friday, July 5, 2013

Spaghetti Goreng- Bila Dah Bosan Mee Kuning Pahit

Assalamualaikum

Salam jumaat semua.

Hari ni dah buntu nak masak bekal apa untuk budak berdua tu. Nak goreng mee kuning? Err dah serik, pelbagai jenama dah cuba tapi memang terasa kepahitan mee tersebut. Sejak balik malaysia ni mana ada LM buat mee kuning sendiri lagi. Mesin mee pun dah simpan rapi ... Ehehe. Mee kan murah, malas la nak buat. Ehehe

Bila malas tu la akibatnya, nak telan mee pahit tu? Euwww tak selera dah. Walau basuh berkali- kali tetap terserlah juga kepahitannya.

Maka LM gorengkan saja spaghetti untuk budak2 ni. Siap telur, daging cincang dan fish ball serta tomato memang la sedap terangkat. Sampai syafiq makan tak toleh kiri kanan dah. Versi tak pedas la ni... Setengah bungkus tu pakai dua tangkai je cili kering, cuma tambah 1/2 sudu teh saja serbuk lada hitam

Benda gini suka la budak ni kalau bawa bekal gini. Takpalah... Janji kenyang. Untuk menyedapkan rasa spaghetti ni LM rebus dengan air yang tahap masinnya dah nak hampir masin macam air laut. Ops itu petua chef yang LM dengar isnin lalu. Kalau tak.... Memang tawar la masakan kita sebab segala pasta ni ,kita sedia maklum memang rasanya tawar.



Sebab bas sekolah awal harini, maka LM perlu masak awal. Petang baru masak nasi..
www.tips-fb.com

7 comments:

diana said...Reply To This Comment

oo..rendam dengan air garam ye..lepas tu masa masak kena bubuh garam lagi ke tidak?

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

mee kuning sana pahit ye..sini ok je...


untuk anak2 dapat ummi rajin masak

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

nak sikit =D

GREENJADE said...Reply To This Comment

hehe saye pun kadang2 belasah buat spegati goreng je sis..kdg2 siap spageti goreng belacan kekdah nye...aduhaiii rosakkkk hahahaha!!

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Sedapnya LM!!!

Izan Ishak said...Reply To This Comment

miza, kat sini ada mee kuning yg tak pahit tau. org melayu yg buat. setakat ni kalau nak buat mee grg, mee kari mmg beli yg tu jelah.

ehh.. baru tau petua rebus spaghetti dgn garam yg banyak. mmg selama tak pernah buat gitu pun.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Samalah kita, mee kuning beli jarang2, spagetti selalu ada...naim kalau diberi spagetti, banyaklah dia makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...