Friday, July 12, 2013

Tak Boleh Janji

Assalamualaikum

Dah masak ke korang? Yang kerja tu dah fikir nak masak apa? Hurmm ... LM ni tak boleh janji nak masak apa untuk menu riap hari sebab semuanya kena ikut syafiq. Kalsu dia okey dapat la buat kuih remeh sikit. Kalau dia meragam memang kuih simple saja la.

Dari pagi dia tak tidur. Dah berapa kali menangis ntah saya lupa nak kira. Layan kan saja la.. Nampak merepek sangat saya peluk dia kuat- kuat sambil bisik (Ya Latif) ditelinga dia, setakat ini berkesan la. esok lusa tak tau lagi.

Ni baru siap masak sambal daging. Kejap lagi lepas tidurkan dia baru masak sayur kot. Kuih apa? Hurmm masih takda idea. Kalau rajin nak buat bubur cha cha, kalau malas popiah saja. Kalau sangat malas kita beli saja kot. TAPI!!!! Maheiii weii kuih sekarang. Rasa tak berbaloi beli karipap sampai 30-40 sen. Sedap lagi karipap kita buat sendiri kan( sila angguk dengan ikhlas) ahaha.

Bulan puasa sebut saja kuih apa semuanya ada. Tapi saya nak kuih tepung gomak sampai sekarang tak sempat cari lagi. Dah berapa hari puasa ni belum pernah beli lauk atau apa kuih pun sebab masih suka nak masak, esok lusa la kalau cuti masak baru intai tepung gomak yang susahnya nak hadir di penempatan saya ni. Ke... Sebab saya yang jarang ke pasar malam? Hurmm

Berbalik kepada kisah tadi, memang tak boleh janji dengan syafiq ni. Tu saya dah kluarkan udang, kalau sempat dapat la buat butter prawn yang konon baru pertama kali nak cuba buat. Kalau tak.. Kempunan je la.

Bulan puasa ni dah la tekak kering, dia pula asik nak menyusu je. Kadang kala bagi botol dia campak susu tu. Tabah la hati... Dah dua tahun si kecik ni menyusu tak jemu-jemu. Rezeki dia agaknya

Psst, korang masak apa arini. Citer sket. Semalam dengan D_08 nak beli putu piring terliur LM dengar. Suka sangat kuih tu.

Eh ada yang kata LM rajin masak ? Silap tu... Macam diana kata tadi malas nak siang ikan, LM lagi super malas nak- nak okan yang bersisik. Susah nya nak bersihkan dapur yang bersepah sisik tu nanti. Segala ikan yang dibeli di pasar borong tu dah siap siang sebab tu laju je LM masak... Hehehe. Lagi satu kalau daging pun siap siang juga, ahaksss kantoi !!

Kalau LM kata nak masak biasa siap la minta potong dadu, kalau nak bakar ke akan minta mereka potong sekeping- sekeping. Ikan kembung , selar atau apa je memang siap siang. Hihi.. Sebab tu LM tak kisah sangat bab masak ni, nak-nak kalau bawang dan cili kisar dah siap sedia ada. Mudah dan cepat urusan memasak.

www.tips-fb.com

3 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Btul la LM..kalau bahan dah siap..mmg cpt je la kita ke dapo..sekejap je kita masakkan

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

gluuurp mcm tu sekali ye awak mintak dorang potong

diana said...Reply To This Comment

hahah..daging pun potong ye??tapi memang saya tengok LM rajin la..tengok la..syafiq meragam pun sempat lagi tu masak..saya kalau MIkhail meragam,saya ambik bantal guling2 depan tv dengan dia..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...